Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trackrunut, jalan, jejak, rintis; balapan (SUK, P.JAS)GeologiTiada2. Denai: Struktur fosil yang terdiri daripada bekas tapak kaki burung, reptelia, mamalia, atau haiwan-haiwan lainnya.,3. Landasan: Laluan pesawat udara atau satelit melintasi permukaan bumi.
plasmodiumplasmodiumPerubatanTiada1. Nama umum bagi sporozoa daripada genus Plasmodium, yang menginfeksi manusia, monyet, burung, cicak dan haiwan lain. P. falcifarum merupakan spesies yang menyebabkan sejenis penyakit malaria pada manusia. 2. Jisim protoplasma yang berbilang nukleus, yang terbentuk hasil daripada penyatuan dua sel ataupun lebih.
plant pestperosak tanamanPertanianAgronomi<p>Serangga atau haiwan yang mengakibatkan kemusnahan kepada tanaman. Perosak tanaman terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu vertebrat dan invertebrat. Contoh perosak vertebrat ialah tikus, tupai, gajah dan babi hutan, manakala perosak invertebrat pula ialah belalang, kumbang, anai-anai, kutu daun, hama dan nematod. Kerosakan akibat perosak tanaman boleh berlaku pada semua peringkat perkembangan organ tanaman dan hasilan.p>
biological exchangepertukaran biologiPertanianAgronomi<p>Pertukaran tanaman atau haiwan dari kawasan asalnya ke kawasan baru yang pada asalnya tidak terdapat spesies berkenaan. Contohnya, tanaman seperti jagung, tomato, koko dan getah, berasal daripada benua Amerika Selatan, tetapi telah dibawa masuk dan berkembang di Asia dan Afrika. Sebaliknya, tanaman seperti kopi, tebu dan padi berasal dari kawasan Asia dan Afrika tetapi telah berpindah dan berkembang di Amerika Selatan.p>
autecologyautekologiPertanianAgronomi<p>Subbidang ekologi yang mengkaji perhubungan sesuatu spesies tumbuhan atau haiwan dengan alam sekitar. Kadangkala dikenali juga sebagai ekologi spesies. Banding sinekologi.p>
biodynamic farmingperladangan biodinamikPertanianAgronomi<p>Kaedah pertanian organik yang menekankan konsep keseimbangan perhubungan antara tanah, tanaman dan haiwan dalam satu sistem ekologi yang tertutup dan mampu membekal nutrien sendiri tanpa input dari luar. Kaedah ini melibatkan penggunaan najis haiwan sebagai baja asli dan sisa tanaman sebagai kompos, tanpa penggunaan baja dan racun kimia. Selain itu, rumusan herba dan mineral ditambah pada kompos atau disembur bagi memenuhi keperluan nutrien oleh tanaman. Perladangan biodinamik menganjurkan tanaman bersepadu dengan penternakan, tanaman campuran, tanaman penutup bumi, baja hijau dan kitaran semula nutrien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Rudolph Steiner pada tahun 1920.p>
biometrybiometriPertanianAgronomi<p>Ilmu biologi yang mengkaji kaedah cerapan dan pemerhatian terhadap fenomena tumbuhan serta haiwan dengan menggunakan analisis statistik. Biometri digunakan dalam kebanyakan eksperimen berasaskan biologi untuk mendapatkan kesimpulan daripada data yang diperoleh daripada eksperimen berkenaan.p>
biotic influencepengaruh biotikPertanianAgronomi<p>Kesan kehadiran tumbuhan atau haiwan lain di persekitaran, contohnya adanya pokok tinggi berhampiran tanaman akan memberi naungan kepada tanaman itu dan akan merendahkan hasil tanaman. Kehadiran cacing dalam tanah memberi pengaruh biotik yang menyuburkan tanah melalui penggemburan dan penambahan bahan organik.p>
biotic factorfaktor biotikPertanianAgronomi<p>Organisma hidup di alam sekeliling yang boleh memberi kesan kepada kehidupan tanaman atau haiwan di persekitaran yang sama. Contohnya, kehadiran serangga perosak atau patogen menjadi satu faktor biotik yang mungkin menjadi ancaman kepada sesuatu tanaman.p>
bioassaybiocerakin  PertanianAgronomi<p>Kaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu bahan dengan menilai kesannya terhadap tumbesaran haiwan, tumbuhan atau organisma dalam keadaan terkawal. Contohnya, racun herba yang perlu ditentukan kepekatannya hendaklah disemburkan pada rumpai dan kesan terhadap rumpai tersebut dibandingkan dengan kesan bahan lain yang telah menjadi piawai.p>
12

Kembali ke atas