ephemeral erosion | hakisan efemeral | Herba | Tiada | Sejenis hakisan yang menyebabkan tanah ladang herba menjadi haus akibat aliran air dan membentuk alur sementara atau bermusim. Alur hakisan efemeral lebih lebar, dalam dan panjang daripada alur hakisan gegalur, tetapi lebih cetek dan kecil daripada alur hakisan galur. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
gully erosion | hakisan galur | Herba | Tiada | Sejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air selepas hujan lebat yang membentuk galur di tanah. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
rill erosion | hakisan gegalur | Herba | Tiada | Sejenis hakisan tanah ladang herba akibat penumpuan larian air hujan atau pengairan yang membentuk alur kecil berukuran hanya beberapa sentimeter dalam dan lebar, dan bersifat sementara. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba. |
groin | benteng hakisan | Sains Marin | Tiada | Struktur binaan kukuh seperti jeti yang panjang, sempit dan rendah yang dibuat daripada kayu balak, batu, konkrit atau keluli. Benteng dibina dari pantai dan menghala ke laut bagi mengelakkan hakisan pada pantai dengan cara memerangkap serta mengumpul pasir untuk menstabilkan pantai. Sekiranya dibina dengan banyak, struktur ini disebut dataran benteng hakisan yang berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai yang lebih luas. |
marine abrasion | lelasan laut | Sains Marin | Tiada | Hakisan lantai lautan disebabkan oleh sedimen yang digerakkan oleh ombak lautan yang juga merupakan hakisan ngarai submarin disebabkan oleh gerakan enapan yang menuruni cerun di bawah pengaruh graviti. Kekuatan lelasan ini bergantung pada kekerasan, kepekatan, halaju dan jisim zarah yang bergerak. |
sea cliff | cenuram laut | Sains Marin | Tiada | Cerun yang dihasilkan oleh hakisan ombak yang terdapat di tepi pantai yang menghadap laut atau di sisi platform potongan ombak yang menghadap daratan dan menandai had hakisan pantai. |
peptic ulcer | ulser peptik | Kejururawatan | Tiada | Luka atau hakisan tisu yang terbentuk di lapisan membran mukosa disebabkan oleh ketidakseimbangan mukus gaster dan asid gaster yang seterusnya menyebabkan enzim pepsin menghakis mukosa. Biasanya lokasi berlakunya luka atau hakisan tisu ini adalah di gaster dan duodenum. |
erosion | hakisan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cycle of erosion | kitar hakisan | Geologi | Tiada | Kitar perubahan pada konfigurasi permukaan bumi. |
cycle of erosion | kitar hakisan | Geografi | Tiada | Tiada |