Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lu.si.no.gen] | هالوسينوݢن

Definisi : sj dadah yg menyebabkan halusi­nasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halusinogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hallucinogenhalusinogenFarmasiFarmakologiSebarang drug atau bahan yang menyebabkan halusinasi. Di bawah pengaruh halusinogen, seseorang itu dapat melihat imej, mendengar bunyi danmerasakan sesuatu perkaraseolaholah benar tetapi secara realitinya tidak wujud. Sesetengah halusinogen juga menghasilkan ketidakstabilan emosi yang pantas danmendalam .Halusinogen juga merujuk pada bahan yang menghasilkan kesan psikologi yang dikaitkan dengan nrimpi, skizofrenia atau eksaltasi keagamaan. Bahan ini menghasilk.an perubahan dalam persepsi, pandangan dan perasaan yang melibatkan perubahan terhadap apa yang dirasai sehingga boleh merasakan kehadiran sesuatu objek yang tidak wujud. Halusinogen menjejaskan kesemua deria, mengubah pemikiran dan perasaan terhadap masa serta emosi.Contoh utama halusinogen ialah LSD, psilosibin dan meskalina.
hallucinogenhalusinogenPerubatanTiadaUbat yang menghasilkan gangguan mental seperti halusinasi, ilusi dan gangguan persepsi yang merupakan tanda-tanda psikosis. Penggunaan ubat ini akan menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan berfikir dan boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain. Contoh ubat halusinogen termasuklah Lysergic acid dietrhylamide (LSD) dan methyleneoxymetamphetamine (Ectacy, MDMA). Biasanya, remaja mengambil ubat ini sebagai pil khayal.
hallucinogenhalusinogenPerubatanTiadaTiada
hallucinogenhalusinogenPsikologiTiadaTiada
amphetamine poisoningkeracunan AmfetaminaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada amfetamina, iaitu sekumpulan halusinogen yang mempengaruhi sistern saraf pusat. Keracunan kronik mengakibatkan perubahan personaliti, misalnya kelakuan berulang-ulang secara berterusan tanpa tujuan seperti berkelakuan agresif dan ganas secara tiba-tiba, anoreksia yang teruk, delusi paranoid, dan insomnia. Keracunan akut akibat penyuntikan, pengingesan, penyedutan atau penggunaan pada membran mukus, boleh mengakibatkan loya dan muntah, keresahan, kerengsaan, takikardia, aritmia jantung, anak mata terbeliak, kabur penglihatan, rasa seram sejuk, pucat, sianosis, demam, kegagalan pernafasan dan koma. Dos parah minimum ialah 10 mg. Sinonim keracunan benzidrina.
psilocinpsilosinKimiaForensikFormula kimia, C12H16N2O; hablur putih, takat lebur 173�C - 176�C, larut dalam etanol dan asid asetik cair, larut sedikit dalam air. Psilosin merupakan alkaloid indola, agen psikotomimetik-psikedelik dan halusinogen. Psilosin merupakan terbitan 4-hidroksitriptamina dan boleh juga diperoleh daripada kulat Psilocybe mexicana serta merupakan metabolit psilosibin.
psilocybinepsilosibinKimiaForensikFormula kimia, C12H17N2O4P; hablur putih, takat lebur (dari metanol) 185�C - 195�C, (air) 220�C - 228�C, larut sedikit dalam air dan metanol, tak larut dalam etanol, kloroform dan benzena. Psilosibin merupakan alkaloid indola, agen psikotomimetik-psikedelik dan halusinogen. Hablur ini merupakan terbitan 4-hidroksitriptamina dan boleh juga diperoleh daripada kulat Psilocybe mexicana.
amphetamineamfetaminaKimiaForensikFormula kimia, C9H13N; nama lain, metilfenetilamina; nama dagang, Benzedrine. Cecair mudah meruap, mudah terbakar, tanpa warna dengan bau cirian yang kuat dan terasa pedas sedikit, takat didih 200°C - 203°C (terurai), larut dalam etanol dan eter, dan larut sedikit dalam air. Amfetamina dipreskripsikan sebagai perangsang dan antidepresan, dan kadangkala sebagai ubat bagi program kawalan berat badan. Ia menjadi asas sekumpulan bahan halusinogen, iaitu ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia pernah tersebar luas di pasaran sebagai ubat jaga, tetapi sekarang menjadi bahan terkawal kerana kemungkinan disalahgunakan. Kegunaan perubatannya sekarang adalah untuk merawat keadaan serangan tidur yang tidak terkawal dan merawat penyakit hiperaktif. Kesan sampingannya termasuk lekas marah, gementar, kebergantungan terhadap ubat, sukar tidur dan resah gelisah. Penggunaan yang terlalu banyak mengakibatkan kecenderungan membunuh diri, paranoia dan halusinasi. Dos maut minimum (MLO) ialah 10 mg bagi kanak-kanak beru

Kembali ke atas