Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hal.wa] | هلوا

Definisi : 1. buah-buahan yg direndam dlm air gula, manisan buah-buahan: ~ belimbing; ~ betik; ~ pala; 2. penganan yg manis; ~ maskat sj penganan (dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula, dll); 3. ki sesuatu yg menyedapkan (mata, telinga, dll); ~ mata sesuatu yg menyedapkan pandangan; ~ nikmat berbagai-bagai penganan (benda yg lazat-lazat); ~ rambut sj gula-gula yg menye­ru­pai kapas (biasanya berwarna merah jambu), alusmitai; ~ telinga sesuatu yg menyedapkan pendengaran (spt lagu, qasidah, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hal.wa] | هلوا

Definisi : 1 buah-buahan yg dicampurkan atau yg direndam dlm air gula: ~ belimbing. 2 penganan yg manis-manis. ~ maskat kuih yg dibuat drpd tepung gandum, minyak sapi, gula dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halwa

Puisi
 

Apa timbul dalam puri,
     Halwa ridan bersama cempedak;
Apa masyghul di dalam hati,
     Pagi makan petang tidak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
candiedhalwaPentadbiran PerniagaanTiadaBuah atau kulit buah yang dimasak di dalam sirap pekat sehingga menjadi lut sinar sebelum ditapis dan dikeringkan.
candied peelhalwa kulit limauPentadbiran PerniagaanTiadaKulit luar buah jenis sitrus yang diracik helai dan dimasak dengan gula sehingga likat.
citron peelhalwa kulit limauPentadbiran PerniagaanTiadaKulit limau yang dimasak di dalam sirap pekat sehingga menjadi lut sinar sebelum ditapis dan dikeringkan.
candied peelhalwa kulit buahPentadbiran PerniagaanTiadaKulit luar buah jenis sitrus yang diracik helai dan dimasak dengan gula sehingga likat.
crystallized fruithalwa buahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
crystallized fruithalwa buahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
candied peelhalwa kulit buahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
confectionkonfeksiMakanan dan PemakananTeknologi MakananSebarang proses pembuatan halwa atau manisan seperti gula-gula, makanan awetan dan karamel.
preserved fruitbuah-buahan jeruk; haluaPentadbiran PerniagaanTiada1. Buah-buahan jeruk: Buah-buahan yang telah diasamkan atau diasinkan.,2. Halwa: Buah-buahan yang direndam dalam air gula.
arabic gumgam arabikMakanan dan PemakananTeknologi MakananGam yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai tindak balas terhadap sesuatu rangsangan seperti kecederaan. Gam ini didapati daripada kulit pokok Acacia senegal. Gam ini biasanya tidak begitu likat dan tidak mudah menjadi gel. Gam arabik biasanya digunakan dalam pengeluaran minuman dan makanan seperti halwa, jeli, gam kunyah, dan aiskrim. Sinonim gam akasia.

Kembali ke atas