Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virusvirusPerikananAkuakulturAgen penyebab penyakit yang sangat halus dan hanya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron. Virus hanya boleh membiak dalam sel organisma hidup.
one-party systemsistem satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler.
provisional governmentkerajaan sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun.
P. armoirearmoireKesenianHiasan DalamanAlmari dengan reka bentuk yang tinggi, berpintu dan dipasang dengan engsel dan kunci yang menarik, yang pada asalnya hanya digunakan untuk menyembunyikan senjata. Panel pintunya biasanya dipenuhi dengan ukiran. Pada zaman pertengahan, perabot ini dicat di bahagian luar, tetapi di bahagian dalamnya hanya dikemaskan dengan kertas dinding. Kini, perabot ini digunakan untuk menyimpan pakaian, barangan porselin atau meletakkan barangan rumah seperti televisyen.
batikbatikKesenianHiasan DalamanCorak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan berwarna. Pada peringkat awal, corak ini hanya berbentuk titik dan motif, tetapi kini corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Ada juga batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan dicelup warna, sebaliknya hanya menggunakan stensil atau skrin sahaja.
exclusivityketakterangkumanUmumTiadaDasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar.
sporadicsporadikKejururawatanTiadaPerihal penyakit yang hanya terjadi pada sesuatu ketika atau di sesuatu tempat terpencil.
fixationpenetapanPsikologiTiadaKecenderungan individu untuk hanya bergantung pada satu kaedah penyelesaian masalah walaupun terdapat kaedah lain yang lebih baik. Keadaan ini berlaku kerana sikap yang sangat taasub terhadap sesuatu kaedah sehingga boleh mengekang dirinya untuk membuka pemikiran kepada alternatif yang lain. Satu contoh yang memperlihatkan fenomena ini adalah penetapan kefungsian.
vegetarianvegetarian/veganSains KesihatanTiadaIndividu yang hanya mengambil makanan daripada sumber tumbuhan. Sinonim: vegan.
microbemikrobKejururawatanTiadaKumpulan organisma halus yang hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.
12345678910...

Kembali ke atas