formwork | acuan | Kesenian | Seni Bina | Struktur sementara yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit seperti yang dikehendaki. Acuan hanyalah binaan sementara dan ia perlu dibuka apabila konkrit yang dibentuk itu cukup kuat dan keras. Biasanya, acuan digunakan untuk membina asas, rasuk, tiang, dinding atau tembok bangunan, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan mestilah mampu menyokong bebannya sendiri dan beban konkrit setelah dituang supaya ia tidak pecah. Antara bahan yang boleh digunakan untuk membina acuan konkrit ialah papan lapis, aluminium, keluli, kaca gentian dan plastik. |
tracheid | trakeid | Botani | Tiada | Unsur trakeid dalam tisu xilem yang tidak mengandungi plat perlubangan. Perlubangan yang ada hanyalah melalui liang-liang yang banyak terdapat di dinding sekundernya. Sel trakeid berbentuk memanjang dengan hujung menirus dan berdiameter kecil. Lihat juga unsur trakeid. |
cabinet | kabinet | Fizik | Akustik | Kotak yang digunakan untuk menempatkan pembesar suara, supaya suara yang keluar ke medium luar hanyalah yang terbit dari depan kon pembesar suara itu. |
insipien decay | reput insipien | Biologi | Patologi | Keadaan tisu perumah yang berada pada peringkat awal penguraian. pada kayu, gejala ini hanyalah merupakan perubahan warna yang sedikit sahaja dan kayu tersebut tidak mengalami banyak penyusutan dari segi kekuatannya. |
relative vorticity | kevortisan nisbi | Sains | Hidrometeorologi | Kevortisan yang disukat dalam sistem koordinat yang ditetapkan di permukaan bumi. Yang biasa dimaksudkan hanyalah komponen kevortisan menegak. Istilah ini juga dikenali sebagai kevortisan tempatan. |
splash zone | zon percikan | Biologi | Ekologi | Zon litoral yang paling dekat dengan pantai, dengan organismanya sentiasa disembur dan dipukul ombak. Organisma yang dapat hidup di sini hanyalah yang tahan terhadap keadaan yang ekstrem, seperti liken dan isopod. Zon percikan banyak terdapat di pantai berbatu. |
passive resistance | katahanan pasif | Biologi | Patologi | Ketahanan yang disebabkan atau dikawal oleh faktor yang tidak menentu, yang bukannya merupakan faktor kimia, atau fisiologi di dalam sel perumah. ia hanyalah merupakan faktor yang menghalang, atau menghindarkan patogen bersentuhan dengan sel perumah, misalnya dinding sel yang tebal (ketahanan fizik). Walau bagaimanapun, jika patogen berjaya masuk ke dalam sel perumah tersebut, maka tidak ada faktor lain yang menghalang patogen melakukan jangkitan yang parah. lih. ketahanan palsu. bd. ketahanan benar. |
fabulation | fabulasi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk cereka yang mengetepikan pemaparan realiti secara tepat. Contohnya dalam cereka realistik. Cereka ini secara sedar dan sengaja memperagakan hakikat penceritaan bahawa segala yang dipaparkan hanyalah suatu bikinan. Cereka ini menonjolkan alat penceritaan yang digunakan khusus untuk membangunkan cereka tersebut. Fabulasi sering dikaitkan dengan tulisan Robert Scholes yang berjudul The Fabulators (1967). Namun pada awal tahun 1484, Caxton telah menggunakan istilah fabulator untuk maksud ini. Lihat juga metafiksyen, pascamodenisme, realisme magis. |
pro rata rate | kadar pro rata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar yang dikenakan untuk satu jangka masa yang singkat daripada biasa. Contoh: jika pihak yang diinsuranskan mempunyai perlindungan hanya untuk suku tahun, premiumnya hanyalah 1/4 premium tahunan. |
polyphase voltage | voltan polifasa | Teknik | Elektrik | Voltan yang mempunyai lebih daripada satu fasa kala atau jerayun. Biasanya frekuensi dan voltan setiap fasa adalah sama, tetapi berlainan sudut fasa. Setakat ini, yang biasa digunakan hanyalah voltan tiga atau enam fasa. |