genetic drift | hanyutan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehilangan alel daripada sesuatu populasi secara kebetulan dari semasa ke semasa. Hanyutan genetik boleh berlaku tanpa mengira keputusan pemilihan untuk pembiakan. Haiwan yang dipilih tidak semua dapat melahirkan anak atau mungkin mati atau sesetengahnya tidak pernah dikawankan. Contoh, pemilik anjing dan kuda unggul tidak berminat untuk membiakkan haiwan mereka. |
littoral drift | hanyutan litoral | Sains Marin | Tiada | Pergerakan semula jadi bahan yang berlaku di kawasan litoral di sepanjang pantai. Bahan yang dihakis dari zon litoral mempunyai daya hakis yang kuat oleh air laut di kawasan ini dengan menghasilkan ciri-ciri seperti dataran pasir dan muara. Lihat juga zon litoral. |
longshore drift | hanyutan susur pesisir | Sains Marin | Tiada | Sedimen yang bergerak disebabkan oleh tindakan arus pesisir yang terdiri daripada pengangkutan sedimen (lodak, lempung dan pasir) di sepanjang pesisir yang selari dengan pantai mengikut arah tiupan angin. Angin yang datang akan menekan air di sepanjang pesisir dan menjana arus yang mengalir selari dengan garis pantai. |
random genetic driff | hanyutan genetik rawak | Biologi | Tiada | Perubahan frekuansi gen yang terdapat antara generasi, dan biasanya melibatkan populasi yang kecil. |
neutral theory of molecular evolution | teori neutral evolusi molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teori perubahan evolusi molekul yang berlaku pada peringkat molekul DNA dan protein disebabkan oleh keadaan kekerapan alel yang turun naik secara rawak melalui hanyutan genetik. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan perubahan evolusi dan kebolehubahan spesies berlaku bukan disebabkan oleh pemilihan semula jadi semata-mata. |