Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg di­janjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg meng­ingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendah­kan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-pe­nganutnya minum arak, berjudi dan me­lakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, melulus­kan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg me­langgar undang-undang, menegah: keraja­an telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan me­ng­­haramkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesi­hatan; beberapa buah negara men­cadang­kan ~ senjata-senjata atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1 ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haram
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan ditegah
( dilarang, dicegah, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung,
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman,

Puisi
 

Pisau kecil hulunya gewang,
     Jatuh ke kaki haram tak luka;
Dara kecil permainan abang,
     Jatuh hati haram tak lupa.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Makan masak mentah.

Bermaksud :

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
banned substancebahan haramPertanian OrganikTanaman Makanan-
banned botanicalherba haramHerbaPeraturan dan PemasaranBahan atau ramuan herba yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam sebarang produk herba kerana mengandungi bahan fitokimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Contohnya, spesies Aristolochia mengandungi asid aristolokik yang menyebabkan ketoksikan ginjal.
illegal poachingpemburuan haramKriminologiKeadilan JenayahPenangkapan atau pemburuan haiwan liar di sesuatu kawasan yang bertentangan dengan undang-undang atau tanpa kebenaran undang-undang.
money launderingpengubahan wang haramKriminologiKeadilan JenayahPerlakuan mengubah wang yang diperoleh secara menyalahi undang-undang kepada wang yang seolah-olah diperoleh secara sah. Jenayah ini bertujuan untuk menyembunyikan asal usul wang yang diperoleh secara tidak sah. Jenayah ini biasanya dilakukan dengan cara memindahkan wang secara kompleks menerusi bank atau transaksi perdagangan.
slush funddana lecahPentadbiran PerniagaanTiadaSejumlah wang yang disimpan untuk tujuan haram, terutamanya dalam politik.
halal logologo halalHerbaPeraturan dan PemasaranSimbol yang mengesahkan sesuatu produk tidak haram penggunaannya menurut undang-undang Islam. Di Malaysia logo ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRDG), logo halal boleh digunakan secara sukarela pada label produk berdaftar bagi kategori penokok/penambah kesihatan, produk herba dan kosmetik, sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.
robbery insuranceinsurans rompakaninsuransTiadaPerlindungan insurans ke atas kerugian berikutan pengambilan harta secara haram dengan menggunakan kekerasan, atau ugutan.
nuclear securitysekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event.
illicit alcoholminuman keras terlarangKriminologiKeadilan JenayahBahan minuman memabukkan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, samsu haram.
illicit incomependapatan terlarangKriminologiKeadilan JenayahPendapatan yang diperoleh daripada aktiviti dan sumber yang menyalahi undang-undang. Contohnya, pendapatan daripada aktiviti penipuan, pengubahan wang haram, perjudian, penyeludupan dan sebagainya.
12

Kembali ke atas