self-esteem | harga diri | Kejururawatan | Tiada | Pencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi. |
destructive criticism | kritikan memusnah | Umum | Tiada | Kritikan untuk menjatuhkan seseorang dengan cara merendahkan martabat dan harga diri serta menjejaskan prestasi dan reputasi. |
heptastich | saptabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tujuh baris serangkap tetapi tidak dalam semua rangkapnya. Contohnya. puisi "Pada Setiap Kali Kau Tiba. Ogos" karya Kemala yang hanya rangkap pertama sahaja mengandungi tujuh baris. Pada setiap kali kau tiba, Ogos bumi dan hati ini melapangkan ruang buat kata hikmah harga diri awan hitam semalam awan hitam belenggu terbenam di kaki hari. (R:1, 7 baris) (R:2, 12 baris) (R:3, 9 baris) |
ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | Tanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme. |
casual dining restaurant | restoran hidangan kasual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan. |
casual dining | hidangan kasual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan. |