exhibitions insurance | insurans pameran | insurans | Tiada | Polisi marin dalaman untuk orang yang mempamerkan hasil keluaran mereka melalui pertunjukan awam. Biasanya polisi ini memberi perlindungan semua risiko dengan pengecualian tertentu. |
downstream industry | industri hiliran | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Industri sampingan yang dibangunkan menggunakan hasil keluaran industri utama. |
output | output/keluaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hasil/keluaran daripada komputer atau mesin lain. |
manufacturer output policy | polisi output pengilang | insurans | Tiada | Polisi semua risiko yang menginsuranskan harta pengilang. Perlindungan ini biasanya dihadkan kepada harta yang terdapat di luar premis pengilang berkenaan. Tujuan asal polisi ini ialah bagi pengilang yang menghantar hasil keluaran mereka untuk diproses oleh syarikat lain. |
gas-turbine engine | enjin turbin gas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang mempunyai aci keluaran yang diputarkan oleh daya hasil daripada pengembangan gas akibat pembakaran bahan api gas dengan udara termampat secara berterusan. Aliran gas ini mengalir merentasi bilah turbin berkelengkungan tertentu yang dipasang pada aci mengikut aturan tertentu dan arah aliran ditetapkan oleh bilah pandu. Tindakan ini seterusnya memusingkan aci keluaran dan menghasilkan kuasa. |
products and completed operation insurance | insurans keluaran dan kendali lengkap | insurans | Tiada | Perlindungan kepada insured terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk insured atau yang telah ditinggalkan oleh insured yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap. |
composite rate | kadar komposit | insurans | Tiada | Kadar tunggal yang menggunakan satu asas sahaja bagi pengiraan premium, seperti gaji atau hasil jualan. Bagi kadar tunggal ini, insured dilindungi daripada berbagai bahaya yang berkaitan dengan Premis dan Operasi, Operasi Dempurna, Liabiliti Keluaran dan Automobil. Tujuan utama ialah untuk memudahkan pengiraan premium polisi tersebut. |