Hatta number | nombor Hatta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nombor tak bermatra yang menandakan kesan tindak balas kimia ke atas proses resapan relatif kepada proses pemindahan jisim tanpa tindak balas kimia. Bagi tindak balas kimia tertib pertama, nombor Hatta ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 228) dengan Ha = nombor Hatta, d = ketebalan saput, k1 = pemalar tindak balas tertib pertama, DAB = pekali resapan. |
futurism | futurisme | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya pengolahan drama yang pengisahannya dengan membuat sesuatu ramalan tentang keadaan masa hadapan. Contohnya, drama Mayatkarya Hatta Azad Khan. |
chirographic distancing | penjarak tulis | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda yang digunakan oleh penyalin untuk memisahkan suatu perenggan dengan perenggan yang lain dan selalu ditunjukkan dengan perkataan khusus seperti Hatta, Al-kisah, Maka dan kata Shaibul Hikayat yang biasanya berwarna merah. |
symbolic drama | drama simbolik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengungkapkan makna melalui penampilan perasaan, tanggapan dan saranan. Drama simbolik tidak sama dengan drama realistik walaupun drama realistik kadangkala menggunakan elemen simbolik. Contohnya, drama Kerusikarya Hatta Azad Khan. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir o |