Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[haus] | هاءوس

Definisi : 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapa­nya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadi­kan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haus] | هاءوس

Definisi : berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg meng­alir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haus] | هاءوس

Definisi : 1 berasa kering tekak dan ingin minum; dahaga: Kanak-kanak itu meminta air kerana sangat ~. 2 sangat ingin utk mendapat sesuatu: Mereka ~ akan ilmu pengetahuan. menghauskan menjadikan haus; menyebabkan haus. ke­­hausan 1 berasa haus; menderita haus; kedahagaan: Udara panas itu menyebabkan dia ~. 2 perasaan atau keadaan haus; kedahagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[haus] | هاءوس

Definisi : menjadi kurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok, banyak di­gunakan dll: Tapak kasutnya sudah ~. Batu itu telah ~ dimakan air. menghauskan menjadikan haus: Air yg mengalir dpt ~ batu. kehausan keadaan atau hal haus. penghausan hal, proses dsb haus atau menghauskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haus
Rujuk :dahaga

Puisi
 

Raja Ainon jalan ke selat,
     Pulau Pinang pasirnya halus;
Air kuminum terasa kelat,
     Usahkan kenyang bertambah haus.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sumur (di)tepi jalan,
     siapa haus boleh minum.

Bermaksud :

Perempuan lacur.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tyre-were indicatorpenunjuk haus tayarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJalur-jalur getah kecil yang membonggol dalam alur bunga tayar merentasi permukaan tayar, yang digunakan sebagai petunjuk takat haus tayar.
wear sensorpenderia hausKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang dipasang di dalam kasut brek atau angkup brek untuk mengesan kehausan pelapik brek.
wear and tearhaus dan lusuhPenilaian Harta TanahTiadaTiada
fair wear and tearhaus dan lusuh berpatutanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
nanotribologynanotribologiFizikNanoteknologiKajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM).
nanoindenternanopelekukFizikNanoteknologiPeranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza.
ephemeral erosionhakisan efemeralHerbaTiadaSejenis hakisan yang menyebabkan tanah ladang herba menjadi haus akibat aliran air dan membentuk alur sementara atau bermusim. Alur hakisan efemeral lebih lebar, dalam dan panjang daripada alur hakisan gegalur, tetapi lebih cetek dan kecil daripada alur hakisan galur. Hakisan tanah perlu dikawal untuk mengurangkan kemusnahan tanaman herba.
triboindentertribopelekukNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis alat pelekuk untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji dan filamen. Pelekuk dibuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat dan kuarza.
tune-uppenalaanKejuruteraan AutomotifEnjinProsedur memeriksa, menguji dan melaras sesebuah enjin dan menggantikan sebarang komponen yang haus. Tujuan prosedur ini adalah untuk mengembalikan prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang ekonomi serta mengurangkan bahan pencemar dalam pancaran ekzos. Penalaan melibatkan pemeriksaan komponen dalam sistem pencucuhan, karburetor atau sistem suntikan bahan api serta pelarasan pemasaan enjin. Prosedur perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.
engine tune-uppenalaan enjinKejuruteraan AutomotifEnjinProsedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan.
12

Kembali ke atas