Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.yat] | حيات

Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (bina­tang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : ; baju ~ sl sj baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : keadaan yg membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan drpd tanah, batu dsb; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,

Puisi
 

Hendak berjalan jambatan panjang,
     Orang bertukang jambatan roboh;
Adik berdoa umur panjang,
     Selagi hayat kita berjodoh.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
individual life insuranceinsurans hayat individuinsuransTiadaInsurans hayat yang biasanya melindungi satu hayat dalam satu kontrak. Istilah ini digunakan untuk membezakan insurans hayat individu dengan insurans hayat kumpulan.
life expectancy term insuranceinsurans sementara jangkaan hayatinsuransTiadaInsurans hayat sementara yang memberi perlindungan bagi sepanjang hayat insured. Insurans ini berbeza daripada polisi hayat sementara biasa yang tempoh perlindungan ditetapkan bagi beberapa tahun atau sehingga insured mencapai umur yang ditetapkan.
permanent life insuranceinsurans hayat kekalinsuransTiadaBentuk polisi insurans hayat yang lain daripada kumpulan dan sementara, biasanya insurans hayat yang mempunyai nilai tunai. Contoh: polisi endowmen dan insurans hayat seumur hidup.
life income policypolisi pendapat hayatinsuransTiadaPolisi insurans hayat yang menawarkan pendapatan sepanjang hayat kepada waris insured apabila insured meninggal dunia.
life underwriterpengunderait insurans hayatinsuransTiadaPegawai syarikat insurans hayat yang dipertanggungjawabkan untuk menimbangkan sama ada sesuatu cadangan insurans hayat boleh diterima berasaskan kepada garis panduan yang ditetapkan.
limited payment life insuranceinsurans hayat bayaran terhadinsuransTiadaInsurans hayat dengan tempoh bayaran premiumnya terhad. Jangka masa pembayaran premium mungkin lebih pendek dari masa perlindungan insurans. Contoh: insurans hayat seumur hidup dengan pembayaran premium terhad hingga umut 50.
lifetime policypolisi sepanjang hayatinsuransTiada1. Polisi insurans hayat sementara yang dijamin pembaharuannya atau tidak boleh dibatalkan sehingga insured berumur 65 tahun atau tarikh terkemudian yang ditetapkan. 2. Polisi yang membayar faedah hilang upaya sepanjang hayat.
term life insuranceinsurans hayat sementarainsuransTiadaPolisi insurans hayat yang menyediakan perlindungan untuk tempoh yang ditetapkan. Lazimnya tempoh polisi adalah satu, lima, sepuluh tahun atau sehingga insured mencapai umur 65 atau 70 tahun. Insurans ini tidak menyediakan peruntukan nilai lucut hak seperti yang dikaitkan dengan polisi hayat seumur hidup.
trple protectionperlindungan ganda tigainsuransTiadaGabungan polisi insurans hayat seumur hidup dan insurans hayat sementara. Dalam gabungan ini amaun insurans sementara yang tamat pada umur tertentu, biasanya dua kali lebih besar daripada insurans hayat seumur hidup.
whole-life insuranceinsurans hayat seumur hidupinsuransTiadaInsurans yang berkuat kuasa sepanjang hayat seseorang insured dan pembayaran faedahnya dibuat apabila insured meninggal dunia. Polisi jenis ini mempunyai nilai tidak lucut hak dan pembayaran premium boleh dibayar secara premium tunggal, premium terhad atau premium sepanjang hayat.
12345678910...

Kembali ke atas