pageant | pagean | Kesusasteraan | Tiada | Perarakan yang hebat, pameran atau suatu siri tablo yang terdapat dalam drama pendek untuk memperingati peristiwa sejarah yang penting. Penumpuannya adalah kepada kostum yang mewah serta hebat dan biasanya tanpa dialog. Pada asalnya, pagean merujuk kepada pentas bergerak yang digunakan sebagai tempat untuk melakonkan drama mukjizat di Eropah pada abad pertengahan. Lihat juga tablo. |
grand style | adigaya | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola. |
power couple | pasangan hebat | Umum | Tiada | Pasangan suami isteri yang kedua-duanya sangat berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. |
bombast | bombas | Kesusasteraan | Tiada | Kata yang berlebih-lebihan, hebat pada pendengaran, tetapi tidak menunjukkan makna yang jelas. |
bombast | bombas | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa atau kata-kata yang kedengarannya hebat, atau muluk, tetapi kurang bererti atau berlebih-lebihan daripada perkara sebenar yang ingin disampaikan. |
bombast | gembaran | Kesusasteraan | Puisi | Penerapan bahasa dalam sesebuah puisi yang terlalu hebat, berdegar-degar, berlebih-lebihan berbanding dengan sesuatu masalah atau pemikiran yang hendak disampaikan sehingga menyulitkan khalayak menghayati dan memahaminya. |
saga | saga | Kesusasteraan | Tiada | Kisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah. |
black arts movement | gerakan seni kulit hitam | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga. |
catharsis/katharsis | jelira seni | Kesusasteraan | Puisi | Pembersihan atau kelegaan emosi setelah mengalami ketegangan dan pertentangan jiwa yang hebat kesan daripada membaca sesebuah puisi. Sinonim katarsis. |
masque | masque | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan hiburan di istana yang mengagumkan. Persembahan ini menggabungkan drama, puisi, muzik, nyanyian, tarian dan kostum serta peralatan mewah dan hebat. Pelakonnya terdiri dariapda golongan bangsawan yang memakai topeng sebagai watak mitos dan melakonkan sebuah kisah yang bersifat alegori. Persembahan berakhir apabila para pelakon membuka topeng masing-masing sambil menari dengan penonton. Hiburan ini bermula di itali pada zaman Renaissance dan berkembang maju di england ketika pemerintahan Elizabeth, James dan Charles I. Antara penulis masque ialah Ben Johnson yang menulis The Maswue of Blackness dan The Masque of Queens. |