prophylactic | profilaktik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melindungi dan menghalang tubuh daripada serangan penyakit. Contohnya, hempedu bumi dan lingzhi. |
antiinfective | antiinfektif | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengurangkan jangkitan. Contohnya, ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) atau ekstrak daun sambung nyawa (Gynura procumbens) yang bersifat antiinfektif terhadap demam. |
immunostimulant | imunostimulan | Herba | Tiada | Herba yang meningkatkan ketahanan semula jadi tubuh terhadap penyakit. Contoh herba ini ialah barli, hempedu bumi, kekait dan cendawan maitake, reishi dan shiitake. |
antidote | penawar/antidot | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan tindakan racun dalam badan. Contohnya, ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) bersifat sebagai penawar. Sinonim antidot. |
antihypertensive | antihipertensi | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengawal tekanan darah tinggi. Contohnya, ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang bersifat antihipertensi. |
antiasthmatic | antiasma | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, melegakan atau mengurangkan masalah pernafasan yang disebabkan oleh serangan asma. Contohnya, ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang bersifat antiasma. |
enriched fraction | fraksi diperkaya | Herba | Pemiawaian | Pecahan daripada ekstrak herba yang mempunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Contohnya, fraksi etil asetat ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) mengandungi sebatian andrografolida paling tinggi. |
therapeutic | terapeutik | Herba | Pemiawaian | Sesuatu tindakan yang berkaitan dengan cara merawat atau mengubati penyakit. Contoh ekstrak herba yang bersifat terapeutik ialah ekstrak akueus daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang dapat merawat demam panas. |
cholagogue | kolagog | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran hempedu bagi membantu proses penghadaman dan bertindak sebagai laksatif ringan. Contohnya, hempedu bumi, senamaki, lidah buaya dan keladi hutan. |
quinsy | kuinsi | Herba | Pemiawaian | Pembengkakan pada dinding tekak yang boleh berlaku apabila jangkitan bakteria merebak dari tonsil ke bahagian sekitarnya. Contoh ekstrak herba yang boleh merawat kuinsi ialah ekstrak daun hempedu bumi (Andrographis paniculata). |