cosmetic ingredient | ramuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan yang terkandung dalam sediaan kosmetik. Ramuan kosmetik hendaklah mematuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. |
expiry date | tarikh luput | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan. |
notice of loss | nota kerugian | insurans | Tiada | Syarat dalam polisi insurans yang menghendaki seseorang yang mengalami kerugian terhadap harta yang diinsuranskan oleh polisi hendaklah dengan serta-merta memberi notis kepada syarikat insurans tentang kerugian yang dialami. Notis ini adalah merupakan satu syarat sebelum pemulihan dibuat kecuali ianya diketepikan oleh syarikat insurans. Kegagalan memberi notis seperti yang diperlukan, boleh menghalang seseorang itu memperolehi ganti rugi. Notis ini perlu dibuat secara bertulis dan notis secara lisan kepada ejen dianggap tidak mencukupi untuk mematuhi syarat ini. |
virtual run | larian maya | Sukan | Tiada | Acara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan. |
evidence of health | bukti kesihatan | insurans | Tiada | Bukti mengenai kesihatan yang memuaskan yang diperlukan oleh insurer apabila seseorang ingin memperbaharui polisinya setelah luput. Pembaharuan ini hendaklah dilakukan dalam masa yang ditetapkan oleh insurer. |
manufacturing operation | operasi pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kegiatan penghasilan produk yang melibatkan kakitangan, proses dan peralatan. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, operasi pengilangan hendaklah dijalankan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. |
horizontal equity | ekuiti mendatar | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti mendatar, pembayar cukai yang mempunyai sama tingkat pendapatan atau kekayaan hendaklah membayar cukai yang sama, walaupun punca pendapatan mereka berbeza. |
cosmetic claim | tuntutan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pernyataan yang mengandungi perakuan tentang kegunaan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Pengawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tuntutan manfaat kegunaan produk kosmetik hendaklah mempunyai justifikasi dengan bukti yang kukuh dan/atau berdasarkan kandungan formulasi atau sediaan kosmetik tersebut. Produk kosmetik tidak boleh dituntut sebagai ubat. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab mendaftarkan produk kosmetik di pasaran harus mendapatkan nasihat undang-undang atau pakar untuk memastikan tuntutan yang dicadangkan tidak melanggar akta atau peraturan yang sedia ada. |
group life insurance | insurans hayat kumpulan | insurans | Tiada | Insurans hayat yang memberi perlindungan kepada ahli sesuatu kumpulan. Insurans ini diperolehi oleh majikan untuk pekerja atau sebarang kumpulan tetapi kumpulan ini hendaklah ditubuhkan bukan semata-mata untuk membeli insurans. Kosnya adalah lebih rendah daripada polisi individu. |
recurring clause | fasal berulang | insurans | Tiada | Peruntukan yang terdapat dalam polisi insurans kesihatan yang menetapkan satu tempoh yang perlu berlalu di antara tempoh ketidakupayaan atau tuntutan atas sebab tertentu dan ulangannya hendaklah diambil kira sebagai satu tempoh faedah baru. |