Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.ta.man] | هنتمن

Definisi : 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hentam
Kata Terbitan : berhentam, menghentam, hentaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
piston slaptamparan ombohKejuruteraan AutomotifEnjinHentaman kambi omboh ke dinding silinder yang bunyi hingar. Kekuatan hentaman ini bergantung pada kelegaan menghasilkan kambi omboh dengan dinding silinder. Semakin besar kelegaan ini, semakin kuat tamparan omboh dan menyebabkan enjin menjadi lebih hingar.
cathodoluminescencekatodpendarcahayaanFizikNanoteknologiFenomena pemancaran cahaya, kesan hentaman alur elektron dalam tiub sinar katod ke atas bahan pendarcahaya seperti zink sulfida pada layar televisyen. Fenomena ini juga digunakan dalam mikroskopi elektron imbasan untuk mengkaji nanostruktur bahan.
knockketukanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBunyi bising yang dihasilkan daripada hentaman antara logam di dalam enjin.
tappet noisehingar tapetKejuruteraan AutomotifEnjinBunyi bising yang disebabkan oleh hentaman di antara batang injap dengan lengan angguk atau pengangkat injap. Bunyi ini disebabkan oleh wujudnya kelegaan di antara komponen tersebut dan menjadi lebih kuat sekiranya kelegaan tapet ini melebihi spesifikasi yang ditetapkan.
contusionkontusiHerbaFitoterapiKecederaan pada bahagian dalam badan tanpa pecahnya kulit akibat hentaman benda yang tumpul. Kontusi menyebabkan perubahan warna kulit yang kelihatan seperti lebam akibat terkeluarnya darah dari pembuluh darah yang pecah.
electron beamalur elektronNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga.
safety bootkasut keselamatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKasut yang bahagian hadapannya mempunyai pelindung logam supaya tahan hentaman benda berat.
porous silicon phosphorescencependarfosfor silikon berliangFizikNanoteknologiPemancaran cahaya daripada bahan silikon berliang apabila diuja oleh sinaran elektromagnet, hentaman zarah atau kaedah lain selain pemanasan. Proses pemancaran ini berlaku sebagai kesan pengurungan kuantum ke atas elektron atau lohong dalam bahan silikon yang mempunyai liang halus bersaiz nanometer. Pendarfosfor silikon berliang dapat digunakan untuk menghasilkan peranti diod pemancar cahaya.
abrasionlelasanSains MarinTiadaProses penghausan, pencanaian, pengikisan dan penggeseran pada permukaan batuan yang berlaku secara mekanik melalui hentaman atau geseran zarah pepejal yang diangkut oleh ais, gelombang, air larian permukaan atau graviti.
lithographylitografiFizikNanoteknologiKaedah penghasilan litar bersepadu yang melibatkan penutupan sebahagian besar permukaan dengan filem peka cahaya dan bahagian yang lain dibuang dengan hentaman zarah alur elektron, sinar-X atau sinaran ultralembayung sehingga suatu corak terhasil. Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri semikonduktor.
12

Kembali ke atas