liver cirrhosis | sirosis hepar | Kejururawatan | Tiada | Penyakit hepar kronik yang dicirikan oleh pemusnahan sel-sel hati dan digantikan dengan tisu berserat yang abnormal. Akhirnya keadaan ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi hepar. |
angiotensinogen | angiotensinogen | Kejururawatan | Tiada | Pecahan globulin serum yang terbentuk dalam hepar. Ia akan ditukar kepada angiotensin melalui tindak balas hidrolisis oleh renin. |
abdominal cavity | kaviti abdomen | Kejururawatan | Tiada | Bahagian di antara diafragma dengan pelvik yang mengandungi hepar, pundi hempedu, gaster, pankreas, limpa dan usus. |
alcohol abuse | penyalahgunaan alkohol | Kejururawatan | Tiada | Ketagihan arak yang melampau, dan biasanya mengakibatkan sirosis hepar. |
fissure | rekahan | Kejururawatan | Tiada | 1. Dalam anatomi, merujuk kepada alur atau celah yang memisahkan sesuatu organ seperti di otak atau hepar. 2. Retakan di kulit atau membran mukosa disebabkan oleh proses penyakit. |