Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.roin] | هيروءين

Definisi : (héroin) watak wanita utama (dlm cerita, filem, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.roin] | هيروءين

Definisi : (héroin) narkotik yg sangat mena­gihkan yg dihasilkan drpd morfina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.roin] | هيروءين

Definisi : /héroin/ tokoh wanita yg memegang peranan utama dlm sesebuah cerita dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[hé.roin] | هيروءين

Definisi : /héroin/ dadah yg dibuat drpd morfin yg digunakan utk melenakan seseorang atau utk mengurangkan rasa sakit, dan juga disalahgunakan oleh penagih dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heroin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroinheroinKesusasteraanTiadaPelaku wanita yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera.
illicit drugsdadah terlarangKriminologiKeadilan JenayahBahan termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, morfin, heroin, ganja dan sebagainya. Sinonim dadah berbahaya.
Commedia dell�artecommedia dell�arteKesusasteraanTiadaBentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin.
emblematicnama lambangKesusasteraanTiadaNama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang.

Kembali ke atas