Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrofobik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrophobichidrofobikFizikNanoteknologiSifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik.
hydrophobic filterpenuras hidrofobikSains KesihatanTiadaPenuras yang tidak dibasahi bahan berair.
micellemiselKimiaKimia AnalisisAgregat bahan koloid, yang mengandungi kepala berkutub dan ekor hidrofobik alkil yang panjang (agen aktif permukaan) yang berlaku pada suatu kepekatan tertentu yang dikenali sebagai kepekatan misel genting.
acetylation treatmentrawatan pengasetilanBuluhTiadaPengubahsuaian sifat kimia buluh menggunakan asetik anhidrida (CH?CO)?O) untuk meningkatkan sifat tidak serap air atau hidrofobik, serta meningkatkan kestabilan dimensi dan rintang terhadap agen perosak.
protein-protein interactioninteraksi protein-proteinBioinformatikBioinformatik MolekulHubungan fizikal dalam kalangan protein di dalam sel, iaitu interaksi yang merangkumi ikatan elektrostatik, hidrogen dan hidrofobik.
amphiphilicamfifilikFizikNanoteknologiSifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett.
surfactantsurfaktanFizikNanoteknologiBahan yang berfungsi mengurangkan tegangan permukaan suatu cecair, memudahkan penyebaran cecair dan menurunkan tegangan antara permukaan dua cecair. Surfaktan biasanya sebatian organik yang bersifat amfifilik, iaitu mengandungi kumpulan hidrofobik sebagai ekor dan kumpulan hidrofilik sebagai kepala. Surfaktan larut dalam kedua-dua pelarut organik dan air. Contohnya, alkilpolietilena oksida, benzalkonium klorida, sabun dan garam asid lemak. Surfaktan digunakan untuk menyalut bintik kuantum atau nanozarah untuk mengelakkan zarah daripada mengagregat.
hydrophilichidrofilikFizikNanoteknologiSifat bahan atau molekul yang cenderung kepada air, iaitu mudah menyerap dan larut di dalam air. Bahan hidrofilik biasanya bercas dan mempunyai kumpulan berkutub yang strukturnya menarik molekul air. Contohnya, titanium dioksida yang biasanya digunakan pada cermin kenderaan untuk menghilangkan kabus dan minyak yang melekat pada cermin berkenaan. Banding hidrofobik.

Kembali ke atas