hydrogen electrode | elektrod hidrogen | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt. |
hydrogen-carbon ratio | nisbah hidrogen-karbon | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Nisbah unsur hidrogen-karbon dalam sesuatu bahan api yang digunakan untuk menentukan keberkesanan nilai kalori. |
biogas | biogas | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Gas yang terhasil daripada proses biologi, contohnya fermentasi tanpa kehadiran oksigen. Biogas umumnya mengandungi metana, karbon dioksida dan gas surih seperti hidrogen sulfida, ammonia dan hidrogen. |
reducing agent | agen penurun | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang mudah mengeluarkan oksigen, menambah hidrogen atau menderma elektron. Contoh agen pengoksida adalah seperti gas hidrogen. |
depolarizer | penyahkutub | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang dicampurkan kepada elektrolit sel primer untuk menghidar pembentukan gelembung hidrogen yang berlebihan. Bahan ini akan bergabung secara kimia dengan gas hidrogen yang terbentuk. |
silane | silana | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian kimia yang mengandungi silikon dan hidrogen dengan formula kimia, SiH4. Sebatian ini mudah terbakar atau meletup dalam udara dan dapat terurai pada suhu melebihi 420�C kepada silikon dan hidrogen. Silana digunakan dalam pemendapan wap kimia untuk menghasilkan filem tipis silikon. |
nascent state | keadaan nasen | Fizik | Nanoteknologi | Satu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa. |
acid | asid | Herba | Pemiawaian | Sebatian, molekul atau spesies kimia yang bercerai dalam air untuk mendermakan proton, H+ (asid Lowry-Bronsted) atau menghasilkan ion hidrogen, H+ (asid Arrhenius). Larutan asid mempunyai pH kurang daripada 7, rasanya masam, menukarkan kertas litmus biru kepada merah, bertindak balas dengan logam aktif untuk menghasilkan gas hidrogen, dan bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Asid seperti H2SO4 digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan alkaloid daun ketum (Mitragyna speciosa). |
secondary structure | struktur sekunder | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen. |
solvated proton | proton tersolvat | Kimia | Kimia Analisis | Proton atau ion hidrogen yang dikelilingi oleh molekul pelarut mengikut susunan tertentu. |