Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.drok.si.da] | هيدروکسيدا

Definisi : (Kim) sebatian yg mengandungi ion atau kumpulan hidroksil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.drok.si.da] | هيدروکسيدا

Definisi : ist sebatian kimia yg mempunyai kumpulan –OH; alkali yg mempunyai ion OH-; natrium ~; kalsium ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidroksida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acid valuenilai asidHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0.
hydroxyl valuenilai hidroksilHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan gabungan asid terhasil bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terhasil daripada penghasilan dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dihasilkan dengan larutan asetik anhidrida dan hasilnya dititrat dengan kalium hidroksida beretanol menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai hidroksil diperoleh daripada ungkapan a + 28.05x/w, iaitu a ialah nilai asid, x ialah perbezaan isi padu kalium hidroksida beretanol bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai hidroksil piawai bagi minyak kastor dara minimum 150 dan lemak bulu terhidrogen di antara 140 -180. Lihat nilai asid.
saponification valuenilai saponifikasiHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas dan mensaponifikasi ester yang terkandung bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan trigliserida dalam minyak, lemak dan lilin yang terdapat dalam bahan mentah dan sediaan herba. Nilai yang rendah menandakan bahan herba dicemari minyak mineral seperti vaselin dan nilai yang tinggi menandakan ketengikan bahan herba. Sejumlah berat bahan herba direfluks dalam kalium hidroksida beretanol dan hasilan dititrat dengan asid hidroklorik menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 28.05x/w, iaitu x ialah perbezaan isi padu asid hidroklorik bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai saponifikasi piawai bagi minyak ikan halibut tidak melebihi 180, lemak bulu terhidrogen maksimum 8.0 dan lilin karnauba di antara 78-95.
calcium hydroxidekalsium hidroksidaFarmasiTiadalih. Kapur mati.
acetyl valuenilai asetilHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah miligram kalium hidroksida yang perlu untuk meneutralkan asid asetik yang terbebas daripada hidrolisis satu gram bahan herba terasetil. Nilai asetil merupakan ukuran kandungan kumpulan hidroksil bebas yang terdapat dalam lemak, lilin dan bahan herba yang mengandungi sterol. Nilai ini diperoleh daripada ungkapan 1335(b-a)/(1335-a) iaitu a ialah nilai saponifikasi bahan herba dan b ialah nilai saponifikasi bahan herba terasetilat. Lihat nilai saponifikasi.
ester valuenilai esterHerbaTiadaNombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang perlu untuk mensaponifikasi ester bagi satu gram bahan herba. Nilai ester merupakan ukuran kandungan trigliserida yang terdapat dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah atau sediaan herba. Nilai ini diperoleh daripada perbezaan antara nilai asid daripada nilai saponifikasi. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai ester piawai bagi lilin lebah putih dan kuning di antara 70-80 dan minyak buah pelaga di antara 90-156. Lihat nilai asid, nilai saponifikasi.
lime-washingcucian kapurBuluhTiadaKaedah mengawet permukaan buluh dengan meratakan kapur (kalsium hidroksida) untuk melindungi permukaan buluh daripada serangan kulat, serangga dan lumut. Sinonim perlindungan kapur.
neutralizationpeneutralanKimiaKimia AnalisisProses membentuk suatu larutan neutral melalui tindak balas di antara 1 mol ion hidrogen dengan ion hidroksida atau dalam keadaan kedua-dua ion ini dalam kadar yang sama. Hasilnya tidak semestinya garam dan air, tetapi sentiasa merupakan konjugat bes dan asid bergantung kepada jenis asid dan bes yang digunakan.
differentiating titrationpentitratan pembezaKimiaKimia AnalisisKaedah titrimetri untuk menganalisis suatu sampel yang mengandungi dua atau lebih spesies yang mempunyai sifat tindak balas kimia yang hampir sama dengan titran tetapi penunjuk yang berbeza. Contohnya titratan antara campuran asid hidroklorik dan asid asetik dengan titratan natrium hidroksida, menggunakan penunjuk fenolftalein dan metil merah.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.

Kembali ke atas