endangered animal species | spesies hidupan liar terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan. |
fouling | kotoran | Perikanan | Akuakultur | Hidupan atau bahan bukan hidup yang melekat pada permukaan jaring, pelampung dan tali sauh sangkar. Kotoran boleh mengganggu operasi ternakan. |
pyrosome | pirosom | Sains Marin | Tiada | Hidupan laut daripada genus, Pyrosoma, tunikat berkoloni terapung bebas yang biasanya hidup di atas permukaan lautan terbuka di laut panas, walaupun ada yang boleh ditemui pada kedalaman yang lebih dalam. |
symbol | simbol | Kesusasteraan | Tiada | Suatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simbol berasal daripada perkataan Yunani syamballein yang bermaksud �mencampakkan bersama-sama� dan kata nama simbolon yang bermaksud �tanda�, �lambang� atau �token�. |
urban ecology | ekologi bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perhubungan antara hidupan dengan persekitaran di bandar. |
sea walking | jalan dalam laut | Pelancongan | Tiada | Aktiviti berjalan di dasar laut untuk melihat hidupan marin dengan lebih dekat. |
green product | produk hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Produk yang kurang memberikan kesan negatif terhadap alam sekitar atau boleh memudaratkan hidupan. Produk hijau boleh dihasilkan daripada komponen yang dikitar semula atau secara mesra alam. Produk tersebut dipasarkan dengan cara pembungkusan hijau dan/atau boleh dihasilkan daripada bahan tempatan untuk mengurangkan jejak karbon. |
natural resources conservation | pemuliharaan sumber asli | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Usaha untuk melindungi sumber semula jadi yang berharga, contohnya pokok, mineral, hidupan liar dan air. Pemuliharaan sumber asli bertujuan untuk mengekalkan kelestarian sumber alam. |
nanoethics | nanoetika | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |
Beat Plastic Pollution | Hentikan Pencemaran Plastik | Alam Sekitar | Tiada | Sejenis tema bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap impak negatif penggunaan plastik tidak terkawal kepada alam sekitar dan hidupan liar. |