Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hikmat;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan pengajaran dan pendidikan yang penting kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam karya epigram, terdapat unsur-unsur yang memperlihatkan ketinggian dan kehalusan pemikiran dan budi bahasa masyarakat Melayu zaman silam. Epigram berasal daripada perkataan Yunani epigramma yang bermaksud �unsur pengajaran, didaktik, dan nasihat�. Contoh epigram Melayu dalam bentuk peribahasa adalah seperti yang berikut: Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�.

Kembali ke atas