Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hing.ga] | هيڠݢ

Definisi : 1 garis yg penghabisan atau ter­akhir; batas: Tiap-tiap sesuatu ada ~nya. 2 sampai ke had tertentu: Mesyuarat itu berlangsung dr pukul sepuluh pagi ~ pukul dua belas tengah hari. 3 = sehingga sampai ke (bkn masa dll); sampai menjadi: Mengkuang itu dijemur di atas padang atau di tempat-tempat yg lapang ~ kering. berhingga ada batas atau hadnya; berbatas: Air matanya bercucuran tidak ~ spt air hujan. menghinggakan menentukan batas atau hadnya; mengehadkan. terhingga terbatas; terhad: Kerajaan telah membelanjakan wang yg tidak ~ banyaknya utk pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Kalau menangkap ikan kurau,
     Rentang jaring hingga ke seberang;
Adat hidup sahabat bergurau,
     Sudah mati terbaring seorang.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Putus benang boleh dihubung,
     putus arang bercerai lalu.

Bermaksud :

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high-fibre dietdiet tinggi seratSains KesihatanTiadaDiet yang membekalkan 20 hingga 35 gram serat dalam sehari atau 10 hingga 13 gram serat dalam setiap 1000 kalori tetapi tidak kurang daripada 20 gram dalam sehari.
high-protein dietdiet tinggi proteinSains KesihatanTiadaDiet yang mengandungi 1.2 gram hingga 1.4 gram protein dalam setiap kg berat badan atau diet yang mengandungi 75 gram hingga 100 gram protein dalam sehari.
nanoemulsionnanoemulsiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSebarang campuran cecair yang secara kinetiknya stabil dan berdiameter titisan minimum antara 50 hingga 1000 nanometer. Umumnya, saiz titisan biasanya berjulat antara 100 hingga 500 nanometer. Contohnya, emulsi air-minyak.
macapatmacapatKesusasteraanTiadaBentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung.
microsatellite DNADNA mikrosatelitBioinformatikBioinformatik MolekulUnit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 1 hingga 6 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali. Contohnya, ulangan dengan 2 pasangan bes berturutan, 3 pasangan bes berturutan atau 4 pasangan bes berturutan.
minisatellite DNADNA minisatelitBioinformatikBioinformatik MolekulUnit ulangan bagi jujukan DNA, yang disusun secara berturut-turut di kawasan tertentu pada suatu kromosom dengan panjang antara 10 hingga 60 atau lebih pasangan bes dan pengulangan biasanya antara 5 hingga 50 kali.
paraphraseparafrasaMuzikTiada1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi po­pular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt.
seniordewasaSukanLumba BasikalPelumba yang berumur antara 19 hingga 30 tahun.
young adulthoodawal dewasaKejururawatanTiadaTempoh umur antara 25 hingga 35 tahun.
hypothermiahipotermiaHerbaFitoterapiKeadaan suhu badan rendah yang tidak normal hingga menyebabkan penurunan kadar metabolisme ke tahap berbahaya dan boleh menyebabkan kematian; sering terjadi dalam kesejukan melampau.
12345678910...

Kembali ke atas