Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.per.bo.la] | هيڤربولا

Definisi : (Mat) garis lengkung yg terbentuk apabila kon dipotong oleh satah (di mana sahaja kecuali di bahagian tengah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.per.bo.la] | هيڤربولا

Definisi : (Lin) ungkapan (penyataan dsb) kiasan yg berlebih-lebihan atau dibesar-be­sarkan utk memperoleh kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah, mis askar raja itu berlaksa-laksa banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hiperbola


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hyperbolahiperbolaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�.
hyperbole wordperkataan hiperbolaHerbaPeraturan dan PemasaranKenyataan atau dakwaan penggunaan produk yang dibesar-besarkan dari segi kualiti, keberkesanan dan keselamatannya. Menurut Kod Pengiklanan Kosmetik, iklan produk kosmetik dibenarkan mengandungi perkataan hiperbola hanya apabila dakwaan tersebut dapat dibuktikan.
hyperbolehiperbolaKesusasteraanPuisiGaya bahasa puisi yang pemilihan perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-lebihan. Penggunaan gaya ini bertujuan untuk menekankan sesuatu pandangan, perasaan dan pemikiran. Contohnya, petikan dari puisi "Erang (2)" dalam antologi Bunga Gerimis karya Azmi Yusoff. mengais impian hanyir segenap ceruk kota menyudu igauan hancing di setiap pelosok bandar raya
baroquebarokKesusasteraanPuisiGaya dalam pengucapan seni sastera termasuk puisi dan bentuk� bentuk seni seperti seni rupa, seni bina dan seni muzik. Biasanya puisi yang dicipta pada zaman barok ini disarati bunga-bunga bahasa anafora, hiperbola dan metafora. Cara pemaparannya meleret-leret dan berlebih-lebihan. Gaya pengucapan dan penampilan barok mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah.
figure of speechbunga bahasaKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa yang menyimpang daripada makna harfiahnya; kesan penggunaannya menimbulkan tanggapan gambaran tertentu dalam fikiran pembaca atau pendengar. Jenis-jenis bunga bahasa antaranya ialah simile, metafora, personifikasi, ironi dan hiperbola. Sinonim majas.
shi�r ?l-w??fshi�r ?l-w??fKesusasteraanTiadaPuisi arab yang mengandungi unsur deskriptif yang membicarakan keindahan alam sekitar. Antara ciri puisi ini adalah memaparkan elemen persekitaran seperti benda dan haiwan, unsur perbandingan langsung atau tidak langsung, unsur hiperbola dan sebagainya. Shi�r ?l-w??f pada zaman Jahiliah mempunyai elemen perasaan, khayalan, dan lafazan, bertujuan mengambarkan sesuatu objek dalam kehidupan dan persekitaran mereka. Objek yang menjadi perhatian penyair ialah binatang tunggangan seperti unta dan kuda, di samping khayalan mereka tentang suasana padang pasir yang kontang, Contoh penyair deskriptif zaman Jahiliah yang terkenal ialah Imru� al �Qays dan al-Nabighah al-Ja �di. shi�r ?l-w??f berkembang di Andalus dengan kemasukan unsur baharu seperti salji. Puisi deskriptif ini berbeza bentuk atau pengolahannya berbanding dengan puisi deskriptif pada zaman Jahiliah. Antara penyair zaman Andalus ialah Ibn Khafajah (Diwan).
grand styleadigayaKesusasteraanTiadaGaya penulisan bersifat tinggi dan hebat. Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik. Berdasarkan prinsip dekorum (tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak. Justeru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung. Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan. Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak. Contoh adigaya ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai. Lihat juga hiperbola.

Kembali ke atas