hyperthermia | hipertermia | Fizik | Tiada | Tiada |
hyperthermia | hipertermia | Perubatan | Tiada | Suhu tubuh yang tinggi daripada biasa. |
hyperthermia | hipertermia | Gerontologi | Tiada | Keadaan suhu badan yang lebih tinggi daripada suhu normal. |
neurogenic hyperthermia | hipertermia neurogenik | Veterinar | Tiada | Tiada |
malignant hyperthermia | hipertermia malignan | Perubatan | Tiada | Keadaan kritikal yang mempunyai ciri-ciri seperti pertambahan akut kadar metabolisme, peningkatan suhu yang tinggi, kekejangan otot, rabdomiolisis dan aritmia. Masalah ini mempunyai asas genetik melalui pewarisan dominan autosom. Mereka yang berisiko akan mendapat masalah ini sebagai komplikasi ubat bius tertentu seperti cecair meruap anestesia dan Suxamethonium. Keadaan ini boleh dirawat dengan memberhentikan ubat yang disyaki, memberi rawatan sokongan dan pemberian ubat Dantrolene. Kadar kematian yang berpunca daripada masalah ini adalah tinggi. |
malignant hyperthermia | hipertermia malignan | Perubatan | Tiada | Lihat hiperpireksia malignan. |
malignant hyperpyrexia | hiperpireksia malignan | Perubatan | Tiada | Kelainan metabolik otot skeletal bercirikan hipermetabolik seperti kenaikan suhu badan secara mendadak, takikardia, hiperkarbia, hiperkalemia, ketegaran otot skeletal, asidosis, disritmia jantung dan mioglobinuria. Sindrom ini boleh dicetuskan oleh Succinylcholine dan agen anestetik meruap. Sinonim hipertermia malignan. |
brain ischaemia | iskemia otak | Perubatan | Tiada | Kekurangan oksigen dalam otak disebabkan kekurangan bekalan atau terlebih keperluan oksigen. Kekurangan bekalan oksigen boleh disebabkan kenaikan tekanan intrakranium, hipotensi, embolisme otak dan trombosis saluran darah otak. Manakala terlebih keperluan oksigen dalam otak pula boleh disebabkan epilepsi dan hipertermia. |
ventricular fibrillation | pemfibrilan ventrikel | Veterinar | Praklinikal | Aritmia kardium yang terhasil daripada pengecutan tak berkoordinasi otot ventrikel. Keadaan ini disebabkan oleh pengujaan gentian miokardium yang cepat dan berulang. Pemfibrilan ventrikel merupakan penyebab utama kematian mengejut kerana masalah jantung. Faktor yang menyumbang kepada pemfibrilan ventrikel termasuk peningkatan aras katekolamina dalam darah; rangsangan simpatetik abnormal; ketidakseimbangan elektrolit; hipoksia; gangguan asid-bes; hipertermia dan hipotermia. |
chloral hydrate poisoning | keracunan kloral hidrat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kloral hidrat, iaitu sedatif dan pengaruh tidur. Bahan ini boleh menyebabkan penyakit hati atau buah pinggang. Tanda utama keracunan ialah koma dan kadar pernafasan yang semakin perlahan. Dalam keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan, gejala awal ialah rasa mengantuk, kekeliruan mental diikuti dengan koma dengan pernafasan yang cetek, otot flaksid, hipotensi, sianosis, hipotermia atau hipertermia. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuklah ruam kulit, kekeliruan mental, ataksia, pening, mengantuk, kerengsaan dan perubahan tingkah laku yang lain. Dos maut mungkin serendah 30 mg/kg. Kepekatan terapeutik pula ialah 1.5 �g/mL - 15 �g/mL. Penemuan patologi termasuklah edema pulmonari, pneumonia dan edema serebrum. |