Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[his.to.ri.sis.me] | هيستوريسيسمى

Definisi : 1. kecenderungan utk mengang­gap perkembangan sejarah sbg aspek yg amat penting dlm kewujudan manusia; 2. teori yg menekankan bahawa fenomena sosial dan budaya adalah ditentukan oleh sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata historisisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson.
historicismhistorisismeKesusasteraanTiadaKajian sastera yang melibatkan penggunaan fakta sejarah, contohnya kajian untuk mengesan proses pinjam-meminjam bahan penulisan, persoalan sebaran dan ketulenan teks, dan kaitan karya dengan sejarah hidup penulis. Tujuan historisisme adalah untuk menjadikan karya dari zaman yang berbeza ditanggapi pembaca moden dengan cara membina semula latar belakang yang sesuai untuk memungkinkan penilaian dan pemahaman teks tersebut. Lihat juga historisisme baru.
historicismhistorisismeKesusasteraanTiadaTiada
historicismhistorisismeSosiologiTiadaTiada
historicismhistorisismeSains PolitikTiadaTiada
historicismhistorisismeSejarahTiadaTiada
historicismhistorisismeKesenianTiadaKebangkitan stail lama dalam kurun kesembilan belas di Eropah, khususnya dalam seni bina dan seni hias.
historical criticismkritikan historisKesusasteraanTiadaKaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru.

Kembali ke atas