hit and run | langgar lari | insurans | Tiada | Kemalangan jalan raya yang berlaku tanpa dapat mengesan orang yang menyebabkan kemalangan tersebut. |
health information technology (HIT) | teknologi maklumat kesihatan (HIT) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang melibatkan reka bentuk, pembangunan, pembinaan, penggunaan dan penyelenggaraan maklumat dalam industri penjagaan kesihatan. Sistem ini dapat meningkatkan kualiti penjagaan pesakit, keberkesanan rawatan dan kepuasan pesakit serta mengurangkan kesilapan dan kos rawatan. |
Regional Health Information Organization (RHIO) | Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau. |
consolidated health informatics (CHI) | informatik kesihatan tergabung (CHI) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Inisiatif yang membolehkan piawaian pengurusan maklumat kesihatan bagi memudahkan transformasi sektor swasta kepada saling beroperasi dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (HIT). Ini membolehkan sistem yang berlainan berinteraksi dalam piawaian yang sama. Piawaian ini termasuk kesihatan aras 7 (HL7), pengimejan digital dan komunikasi dalam perubatan (DICOM) dan tatanama perubatan bersistem - terminologi klinikal (SNOMED-CT). |