horizontal equity | ekuiti mendatar | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti mendatar, pembayar cukai yang mempunyai sama tingkat pendapatan atau kekayaan hendaklah membayar cukai yang sama, walaupun punca pendapatan mereka berbeza. |
horizontal/lateral gene transfer | pemindahan gen mendatar | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pemindahan bahan genetik daripada organisma penderma kepada organisma penerima yang bukan zuriat (anak) melalui proses transduksi, transformasi dan konjugasi. Pemindahan gen mendatar ini merupakan faktor penting dalam evolusi organisma. |
horizontal tour | lawatan mendatar | Pelancongan | Tiada | Lawatan ke beberapa tempat yang mempunyai aktiviti yang sama. |
horizontal diversification | pelbagai mendatar | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
disease transmission | penularan penyakit | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan agen berjangkit seperti patogen daripada ikan yang sakit kepada ikan yang sihat secara horizontal atau vertikal. Penularan penyakit secara horizontal merujuk kepada pemindahan terus patogen daripada persekitaran melalui sentuhan dengan ikan sakit, najis, air atau peralatan ternakan/tangkapan yang tercemar dengan patogen. Penularan penyakit secara vertikal pula adalah pemindahan jangkitan atau penyakit yang diwarisi daripada induk kepada telur ikan. |