endocrinology | endokrinologi | Kejururawatan | Tiada | Kajian mengenai kelenjar-kelenjar endokrin dan hormon-hormon yang dirembesnya. |
releasing hormone | hormon pembebasan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon yang berfungsi untuk mengawal pembebasan hormon lain sama ada secara merangsang atau merencatkan pembebasannya. Contohnya, hormon pembebasan gonadotropin (GnRH) yang bertanggungjawab terhadap penghasilan hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH) dari pituitari anterior. |
oestrogen | estrogen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal. |
hormone | hormon | Perikanan | Akuakultur | Bahan kimia yang dikeluarkan oleh semua organisma hidup untuk fungsi tertentu seperti hormon sitokinin yang dikeluarkan untuk pertumbuhan pucuk dan hormon auksin untuk pertumbuhan akar. Hormon akan dimasukkan ke dalam makanan rumusan bagi tujuan meningkatkan prestasi tertentu ikan atau udang berdasarkan jenis hormon yang digunakan. |
male hormone | hormon jantan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hormon seks yang dihasilkan oleh haiwan jantan di testis. Hormon seks ini dikenali sebagai testosteron. Hormon jantan ini berperanan menggalakkan perkembangan ciri seksual jantan serta merangsang aktiviti sekunder jantan seperti pembentukan otot, pertumbuhan tanduk atau pembentukan kelenjar bau. |
hormone manipulation | manipulasi hormon | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Amalan penggunaan hormon dalam haiwan dengan tujuan mengubah tahap hormon sedia ada di dalam badan. Contoh manipulasi hormon adalah seperti dalam sinkronisasi estrus dan penyediaan haiwan untuk penghasilan embrio. |
adenohypophysis | adenohipofisis | Kejururawatan | Tiada | Kelenjar pituitari anterior yang merembeskan hormon perangsang tiroid, ACTH gonodotrofin, hormon pertumbuhan dan hormon perangsang melanosit. |
adrenocorticotropic hormone (ACTH) | hormon adrenokortikotropik (ACTH) | Kejururawatan | Tiada | Hormon yang dirembes oleh kelenjar pituitari anterior yang berfungsi merangsang perembesan hormon kelenjar adrenal korteks. |
superovulation | pensuperovulan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembentukan lebih banyak folikel di ovari dan pengeluaran ovum dari folikel tersebut. Pensuperovulan melibatkan pemberian hormon kepada haiwan betina. Hormon yang lazim digunakan dalam pensuperovulan ialah hormon perangsang folikel. |
plant hormone | hormon tumbuhan | Perikanan | Akuakultur | Bahan kimia dalam kuantiti kecil yang dikeluarkan oleh tumbuhan untuk perkembangan, fungsi dan pertumbuhan pokok. Hormon tumbuhan ini menentukan pembentukan daun, bunga, batang dan buah. Terdapat lima jenis hormon yang utama, iaitu auksin, sitokinin, giberelin, asid absisik dan etilena. |