rainwater harvesting system | sistem penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Sistem penuaian air hujan, juga disebut sebagai sistem pengumpulan air hujan atau sistem tadahan air hujan yang merupakan teknologi mengumpul dan menyimpan air hujan untuk kegunaan manusia. |
rainfall distribution | taburan hujan | Pertanian | Tiada | Corak hujan turun di sesuatu atau beberapa tempat dalam jangka waktu tertentu. Corak taburan hujan boleh diambil untuk beberapa bulan atau tahun untuk melihat trend turun naik jumlah bagi tujuan perancangan pertanian. Banyak teknik boleh digunakan untuk melihat taburan hujan sama ada secara grafik atau menggunakan kaedah komputer. |
holophrasis | cantum erti | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis. |
rainwater harvest | tuai air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Mengumpulkan air hujan daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan. |
rooftop rainwater harvesting | penuaian air hujan bumbungan | Alam Sekitar | Tiada | Kaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki. |
rainwater harvesting structure | struktur penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Elemen yang diperlukan dalam sistem penuaian air hujan seperti sistem perpaipan, tangki air hujan, pam air dan sebagainya. |
rainwater harvesting | penuaian air hujan | Alam Sekitar | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan daripada bumbung atau permukaan tanah, lalu disalurkan ke tempat takungan tertentu. Air hujan yang terkumpul ini boleh digunakan semula sebagai suatu sumber minuman, pengairan di taman atau kebun, serta untuk kegunaan harian seperti membasuh kereta, membekalkan air kepada haiwan ternakan dan perpaipan awam. |
rain harvest | tuai hujan | Alam Sekitar | Tiada | Lihat tuai air hujan. |
rain harvesting | penuaian hujan | Alam Sekitar | Tiada | Lihat penuaian air hujan. |
middle latitude rainfall type | sejenis hujan kawasan latitud tengah | Geografi | Tiada | Hujan yang lebih seragam yang terdapat di kawasan latitud tengah. |