rain | hujan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | kerpasan dalam bentuk titisan air yang mempunyai diameter yang melebihi 0.5 mm atau kurang daripada 0.5 mm, sekiranya kerpasan ini tersebar luas. Bagi tujuan pencerapan, keamatan hujan pada sebarang ruang dan masa tertentu boleh dikelaskan seperti yang berikut: i. amat renyai; titisan yang tersebar dan tidak membasahi permukaan sepenuhnya walaupun turun berterusan; ii. renyai; titisan yang kadar curahannya di antara 0.1 mm/jam hingga 2.5 mm/jam, dan kadar curahan tidak melebihi 0.25 mm dalam tempoh 6 minit; iii sederhana; titisan yang kadar curahannya antara 2.5 mm/jam hingga 7.5 mm/jam; iv. lebat; titisan yang kadar curannya melebihi 7.5 mm/jam. |
hydrometeor | hidrometeor | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Hasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih. |