palpation | palpasi | Kejururawatan | Tiada | Teknik pemeriksaan bahagian badan dengan menggunakan tangan dan hujung-hujung jari. |
fibre length | panjang serabut | Buluh | Tiada | Ukuran panjang dari satu hujung ke hujung yang lain pada serabut buluh, dalam unit mikrometer (�m). |
small end | hujung kecil | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hujung rod penghubung yang disambung kepada omboh dengan menggunakan cemat omboh. Hujung kecil ini disumbat dengan sesendal cemat omboh untuk mengurangkan geseran. Sinonim hujung kecil rod. |
spindle | spindel | Sukan | Lumba Basikal | Hujung nat atau hujung aci batang pendakap bawah. |
big end | hujung besar | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hujung pin engkol yang terdapat di rod penghubung. Hujung ini menyediakan sambungan antara sistem omboh dengan aci engkol. |
clubbing | jari belantan | Kejururawatan | Tiada | Ketaknormalan jari tangan atau jari kaki akibat pertumbuhan tisu lembut pada falanks hujung jari yang berkenaan. Hujung jari ini berbonggol, dan kukunya menjadi cembung seperti tombol atau kayu pemukul gendang. Keadaan ini mungkin merupakan gejala penyakit jantung dan penyakit pernafasan. |
feminine ending | hujung pemanis | Kesusasteraan | Tiada | Tambahan suku kata yang tidak ditekankan pada akhir baris sesebuah sajak. Biasanya, pada hujung pemanis terdapat skema rima yang menggunakan rentak nada iambik yang mempunyai 10 suku kata dalam puisi Inggeris. Penyair yang menggunakan hujung pemanis ini menambah suku kata yang kesebelas pada baris rentah nada iambik tersebut. Contohnya, seperti dalam baris yang dipetik daripada drama Hamlet oleh Shakespeare: �To be / or not/to be/, that is/the ques/tion�. Lihat juga matra iambik. |
rod small end | hujung kecil rod | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat hujung kecil. |
weekend warrior | wira hujung minggu | Umum | Tiada | Seseorang yang memanfaatkan waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar setelah bekerja sepanjang minggu di pejabat. |
rod big end | hujung besar rod | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahagian hujung rod penyambung yang dipasang mengelilingi cemat engkol. |