Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linear sweep voltammetryvoltammetri sapuan linearKimiaKimia AnalisisKaedah elektrokimia yang mencatatkan aras sebagai fungsi keupayaan yang diubah-ubah secara linear dengan waktu. Kadar sapuan berjulat daripada 0.04 – 1000 Vs-1. Ia dikenali juga sebagai kronoamperometri sapuan keupayaan linear.
ionic mobilitykegerakan ionKimiaKimia AnalisisHalaju mutlak ion-ion. Ia merupakan halaju ion-ion dalam unit cm s-1 bagi kecerunan keupayaan 1 volt per cm dan diberi oleh ungkapan U+ = λ+/F dan U- = λ-/F. F ialah pemalar Faraday, λ+ dan λ- ialah kekonduksian ion bagi kation dan anion.
abyssal bed formbentuk dasar abisSains MarinTiadaBahagian lantai lautan yang sangat rata yang terdiri daripada endapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1:1000. Ia merupakan morfologi kawasan lantai lautan di kawasan abis.
microelectrodemikroelektrodKimiaKimia AnalisisElektrod kerja kecil yang mempunyai luas permukaan antara 1 mm2 hingga 10mm2 dan digunakan dalam teknik polarografi ataupun teknik voltammetri yang lain. Ia dibina daripada bahan-bahan lengai yang boleh membawa arus seperti raksa, platinum, emas, perak dan grafit. Mikroelektrod biasanya terdiri daripada dawai halus atau ceper yang diletakkan di dalam tiub kaca, kecuali jika ia dibina daripada raksa.
microwavemikrogelombangKimiaKimia AnalisisSinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 1 mm hingga 30 cm. Ia boleh dijanakan oleh tiub kuasa frekuensi radio daripada arus terus voltan tinggi.
electroluminescenceelektropendarcahayaKimiaKimia Analisis1. Pemancaran cahaya oleh bahan tertentu apabila diletakkan di dalam medan elektrik. 2. Pendarcahaya yang terjana di dalam hablur oleh medan atau arus elektrik. Ia merupakan suatu perlakuan keadaan pepejal yang melibatkan semikonduktor jenis p dan n dan berlaku pada pelbagai sebatian berhablur seperti silikon karbida, zink sulfida dan galium arsenida.
burdenulanganKesusasteraanPuisiAspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang)
charging currentarus pengecasanKimiaKimia Analisis1. Arus elektrik yang dialirkan dalam sel ketika proses pengecasan sedang dilakukan. Dalam proses ini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kimia yang tersimpan dalam sel tersebut. 2. Arus elektrik yang terhasil daripada aliran elektron apabila proses pengecasan titisan raksa terhadap larutan berlaku dalam polarografi. Ia merupakan salah satu komponen arus baki. bd. arus baki.
knotbuku kayu; simpul; buku; knot (unit)KejuruteraanTiada3. Parut pada kayuan yang menandai tempat dahan keluar dari batang kayu.,4. Knot: Kelajuan satu batu nautika sejam. 1 batu nautika adalah 1852 meter.,5. Keadaan apabila tugas tentu dalam sistem pelbagai pengaturcaraan tidak tertegun kerana ia menanti peristiwa yang tidak akan berlaku.

Kembali ke atas