Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Ibu kapur di lembah paya,
     Tebang balam di cuaca redup;
Sirih sekapur persembahan saya,
     Minta disimpan seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Kecil dikandung ibu,
     besar dikandung adat,
mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confinement care centrepusat jagaan ibu bersalin/pusat penjagaan ibu bersalinSosiologiTiadaTempat yang dikendalikan oleh individu terlatih untuk menjaga ibu bersalin dan bayinya mengikut tempoh yang ditetapkan.
parental role conflictkonflik peranan ibu bapaKejururawatanTiadaKekeliruan peranan sebagai ibu bapa terhadap krisis. Contohnya ibu atau bapa tunggal yang perlu memainkan peranan sebagai bapa dan ibu.
parental conflictkonflik ibu bapaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan pertelingkahan, perbalahan atau persengketaan di antara kedua-kedua ibu bapa. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif kepada anak mereka. Contohnya, perbalahan ibu bapa dalam penceraian menyebabkan anak mengalami tekanan emosi yang mengakibatkannya mengambil dadah.
parental competencykewibawaan keibubapaanKriminologiKeadilan JenayahPenilaian tentang keupayaan atau kebolehan ibu bapa yang dibuat oleh orang lain terhadap mereka, dan penilaian ini dibuat untuk melihat kemahiran atau kebolehan ibu bapa dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak mereka. Ibu bapa juga dinilai tentang keupayaan mereka dalam mengukur keberkesanan diri sendiri sebagai ibu bapa.
stringeribu tanggaKesenianHiasan DalamanKomponen penting tangga bagi menyokong anak tangga. Ibu tangga biasanya diperbuat daripada kayu, konkrit, dan logam.
mothering abilitykebolehan mengibuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKelakuan yang diperlihatkan oleh haiwan betina selepas melahirkan anak untuk memastikan anak yang dilahirkan dapat terus hidup. Contoh kebolehan mengibu ibu lembu ialah ibu lembu akan menyusukan anaknya dan melindunginya daripada bahaya.
parent-child bondingikatan ibu bapa-anakKejururawatanTiadaPertalian antara bayi dengan ibu bapa untuk mendapatkan kasih sayang yang boleh mempengaruhi perkembangan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
confinement ladypramurawat ibu bersalinSosiologiTiadaWanita yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk menjaga ibu bersalin dan bayinya mengikut tempoh yang ditetapkan.
surrogate motheribu surogatPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang digunakan sebagai penerima dalam proses pemindahan embrio. Embrio yang dipindahkan ke dalam uterus ibu surogat ini lazimnya diperoleh daripada haiwan betina yang lain.
parentificationpengibubapaanSosiologiTiadaProses pembalikan peranan daripada ibu bapa kepada anak, apabila anak bertindak sebagai ibu bapa dalam menguruskan hal ehwal keluarga.
12345678910

Kembali ke atas