Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.bun] | ايبون

Definisi : (Geog) keadaan yg wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0°C atau 32°F) sehingga terbentuknya hablur air yg halus-halus, fros; ~ abadi tanah lapisan bawah yg beku sepanjang tahun spt yg terdapat di kawasan kutub; ~ beku hablur ais yg halus-halus berwarna putih yg melitupi permukaan tanah, objek dsb, yg terbentuk drpd embun atau wap air yg beku, terutamanya pd waktu malam, fros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ibun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
frost heavingpenyembulan ibunSainsHidrometeorologiPenjulangan permukaan oleh tindakan dalaman ibun yang hasil lampaunya ialah busut ibun. Kebanyakan penyembulan ibun didapati terhasil daripada pertumbuhan jisim berkanta ais dalam tanih. Kanta ais ini tumbuh melalui proses pemejalwapan dan juga dengan cara peleburan dan pembekuan semula. Ini dapat meningkatkan daya julangan yang kuat ke atas tanih, batuan, tiang dan kaki lima jalan yang ada di atasnya. Di kawasan luar kota yang mempunyai til glasier, batuan sembulan ibun kelihatan di permukaan setiap musim bunga. Keadaan tempatan yang membolehkan berlakunya konduksi haba dengan baik melalui batuan bawah permukaan di musim sejuk dapat memudahkan penumbuhan kanta ais di bawah batuan berkenaan.
frostibunSainsHidrometeorologi1. Sama dengan ibun beku. 2. Keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0�C atau 32�F). Ibun boleh terjadi dalam berbagai-bagai bentuk bergantung pada nilai sebenar suhu udara sekeliling, takat embun, dan suhu yang dicapai oleh benda-benda di permukaan. Kejadian ini termasuklah: bekuan umum, ibun beku (atau ibun putih), dan bekuan kering (atau ibun hitam). Sekiranya tempoh ibun itu terlalu lama hingga menyebabkan terhentinya musim tumbuh (atau melambatkan permulaannya) ia biasanya dikenali sebagai ibun pembunuh.
frost shatteringpenyepaian ibun , penghancuran ibunGeologiTiadaTiada
frostibunMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Sama dengan ibu beku. 2. Keadaan yang wujud apabila suhu permukaan bumi jatuh di bawah takat beku (0�C atau 32�F). Ibun boleh terjadi dalam berbagai-bagai bentuk bergantung pada nilai sebenar suhu udara sekeliling, takat embun, dan suhu yang dicapai oleh benda-benda di permukaan. Kejadian ini termasuk bekuan umum, ibun beku (atau ibun putih), dan bekuan kering (atau ibun hitam). Sekiranya tempoh ibun itu terlalu lama hingga menyebabkan terhentinya musim tumbuh (atau melambatkan permulaannya), ia biasanya dikenali sebagai ibun pembunuh.
frost linegaris ibunGeologiTiada1. Kedalaman maksimum tanah beku di kawasan yang tidak terdapat ibun abadi.,2. Had dasar ibun abadi.,3. Had altitud yang bawah darinya tidak pernah terdapat ibun.
hoarfrost, see also frost (1)ibun beku lihat juga ibunHidrologiTiadaMendapan ais yang berupa hablur, pada umumnya berbentuk sisik, jarum, buluan atau kipas dan terhasil dengan cara yang serupa dengan terhasilnya kabus tetapi pada suhu bawah OoC (WMO).
active permafrostibun abadi aktifGeologiTiadaIbun abadi yang berupaya kembali kepada keadaan beku saka di bawah keadaan iklim kini selepas menjadi cair oleh proses semula jadi atau buatan.
frostibunHidrologiTiada(1) Sin. embun putih; ibun putih; lihat juga embun beku; rime. Embun beku atau wap. (O.D) (2) Sin. pembekuan Penurunan suhu udara ke suatu nilai yang sama dengan atau lebih rendah dari takat beku air (0o C pada tekanan biasa). (WMO)
permafrost tablemuka ibun abadiGeologiTiadaBatas atas ibun abadi, diwakili oleh permukaan tak sekata yang bergantung pada faktor-faktor setempat.
frost dayhari ibunGeografiTiadaHari pencerapan yang berlakunya ibun.
12345678910...

Kembali ke atas