abstractive idea | idea abstraktif | Pendidikan | Tiada | Idea yang terbentuk daripada objek melalui cara selain daripada persepsinya. |
autonomous learning | pembelajaran berautonomi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang memerihalkan pelajar menentukan sendiri bidang yang hendak dipelajari dengan memilih aktiviti yang berkaitan secara kendiri dan menyelesaikan masalah atau mengembangkan idea-idea baharu dengan bimbingan luaran yang minimum. Pembelajaran berautonomi membolehkan pelajar memperibadikan agenda pembelajarannya berdasarkan kekuatan akademik dan minatnya, dan memantau sendiri pencapaiannya. E-pembelajaran mempermudah pembelajaran berautonomi. |
idea | idea | Kesusasteraan | Tiada | Buah fikiran yang dijadikan saranan. |
idea | idea | Kesusasteraan | Tiada | Buah fikiran atau gagasan yang mengilhamkan minda pengarang untuk berkarya. |
theme | tema | Kesusasteraan | Puisi | Persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar. Dalam puisi, persoalan atau idea tersebut agak sukar ditentukan kerana bahasa yang menjadi alat penyampaian lebih bersifat menggambarkan dan bukan menceritakan. |
idea | tema | Kesenian | Tiada | Motif utama. |
lexicalization | leksikalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti konsep yang lebih menonjol dalam sesuatu masyarakat. Konsep leksikalisasi dikembangkan oleh seorang ahli liguistik Inggeris bernama M.A.K. Halliday. |
tautology | tautologi | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�. |
antithesis | antitesis | Kesusasteraan | Tiada | Idea yang berlawanan maknanya dan terhasil melalui pertentangan atau makna yang ketara perbezaannya. Dalam bidang retorika, antitesis terhasil melalui pemakaian bahasa yang menggunakan sintaksis yang selari untuk mengimbangkan idea yang bertentangan. Dalam bidang penghujahan, antitesis ialah pernyataan dari sudut pandangan yang bertentangan. Dalam bidang puisi, penyair kerap menggunakan antitesis untuk memaparkan kebolehan berjenaka secara pintar. Lihat juga al-mutabaqah. |
reductionism | reduksionisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berpegang kepada pemikiran yang memampatkan sesuatu pemikiran atau prosedur kepada keadaan yang lebih ringkas dan padat. Idea ini melihat sesuatu pemikiran itu sebenarnya mengandungi beberapa entiti idea yang lebih kecil bergabung bersama membentuk pemikiran tersebut. Pendukung fahaman ini memudahkan pemahamannya dengan melihat kepelbagaian secara simplistic iaitu memudahkan pemerhatian. |