Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.déa.lis.me] | ايدياليسمى

Definisi : (idéalisme) 1. sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dlm bentuk yg ideal, sifat (sikap, cita-cita, dsb) menghasratkan yg unggul (yg sempurna): kekuatan inilah yg membezakan cerpen sbg karya seni yg mempunyai nilai estetik drpd cerpen yg hanya utk menyampaikan ~ pengarangnya; Allan Bloom memaparkan persekitaran politik dan sosial yg tidak banyak mendorong masyarakat utk membaca - tidak ada minat tentang falsafah, tidak ada ~ dlm hidup; 2. hasrat atau cita-cita yg unggul tetapi tidak realistik (tidak berkemungkinan tercapai atau menjadi kenyataan), hasrat atau cita-cita yg lebih merupakan impian: ini memperlihatkan ~ si ibu tidak tercapai, akibat ang-kara kejahatan di sekitarnya; pd satu pihak, bahasa baku menjadi ~ dan impian; 3. aliran (penulisan, seni) yg bersifat impian atau khayalan (dgn memaparkan keunggulan, kesempurnaan, keindahan, dsb) yg berlainan sama sekali drpd kenyataan: ~ sbg satu aliran seni merupakan satu aliran yg bertentangan dgn realisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idealisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissidentpenentangSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok atau puak yang bertentangan pendapat atau idealisme dengan pihak berkuasa. Kelompo kini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu pertama, golongan penentang yang berbeza pendapat secara perlembagaan. Golongan ini bertindak secara yang dibenarkan oleh perlembagaan seperti turut sama dalam proses pilihan raya, perundingan dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Parti pembangkang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini. Kedua, golongan penentang yang berbeza pendapat secara luar batasan perlembagaan. Golongan ini bukan sahaja enggan bekerjasama atau berunding dengan kelompok yang berkuasa malah menggunakan tindakan yang agresif bagi memperoleh kuasa. Golongan ini biasanya dikenali sebagai subversif. Contoh golongan penentang jenis ini ialah Parti Komunis Malaya.
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.
political willkemahuan politikSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik.
democracydemokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
humanismhumanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri.
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada beberapa pendapat: Pertama, manusia dilahirkan baik dan hanya dikorupsikan oleh pengalaman dalam masyarakat. Kedua, kerohanian dan emosi manusia adalah alat yang paling sesuai untuk menghasilkan puisi. Ketiga, perubahan spiritual manusia secara evolusi boleh didatangkan dengan meletakkan alam semula jadi pada tahap yang lebih tinggi daripada ketamadunan manusia, revolusi lebih daripada status quo, dan daya melebihi kekangan. Dari segi puitika, pergerakan ini berusaha untuk menukar diksi kepada bahasa basahan, menggunakan bahan rujukan daripada cerita rakyat, mitos, autobiografi, dan pengalaman visionari, menggunakan alam sekitar sebagai pemangkin meditasi dan perasaan, menggalakkan inovasi dan komposisi organik berbanding dengan forma yang dikenakan seperti koplet wiraan dan ode, dan bercita-cita untuk melepasi batas-batas kebiasaan. Era ini turut dikenali sebagai zaman keemasan puisi Barat dengan penulis puisi seperti Wordsworth, Coleridge, Shelley, Keats, Byron dan Blake. Kadangkala zaman ini turut dikebelakangkan lagi masanya meliputi zaman Robert Burns atau ditambah masa ke depan dan mengambil kira penyajak zaman Victoria seperti Brownings, Tennyson, Arnold dan Yeats. Yeats sering dikenali sebagai ahli puisi roman terunggul yang terakhir. Antara penulis puisi roman Amerika yang terkenal ialah Walt Whitman yang menghasilkan paradigma puisi romantik yang memaparkan idealisme, bentuk organik, perasaan terbuka, diksi dan keraian alam semula jadi. Penulis Amerika lain termasuk Bryant, Irving, Cooper, Hawthorne, Melville, Stowe, Poe, Whitman dan Emerson.

Kembali ke atas