Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.do.la] | ايدولا

Definisi : orang yg sangat diminati (dikagumi dsb), mis tokoh politik, penyanyi, bintang filem dsb; mengidolakan meminati atau mengagumi seseorang atau sesuatu dgn keterlaluan, memuja-muja: bahkan dia ~ peninju itu sama spt bintang bola sepak yg diminatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.do.la] | ايدولا

Definisi : orang yg sangat diminati, dikagumi dsb, mis tokoh politik, penyanyi, atau ahli sukan. mengidolakan menganggap seseorang sbg idola: Dia ~ pemain bola sepak itu. pengidolaan perbuatan mengidolakan seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idola


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charismatic leadershipkepimpinan berkarismaSains PolitikPolitik PerbandinganSifat kepimpinan luar biasa dan sangat istimewa yang dimiliki oleh pemimpin tertentu sama ada yang bersifat keagamaan atau politik dalam mengetuai masyarakat atau negara. Autoriti sesebuah organisasi atau masyarakat itu amat bergantung kepada sifat karisma tersebut. Pemimpin berkarisma akan memaksimumkan segala kebolehannya untuk mendapatkan sokongan dan perhatian masyarakat. Bagi masyarakat tradisi, kelahiran pemimpin ini amat penting sebagai pencetus kepada perubahan atau revolusi. Secara amnya, kepimpinan karismatik ini lahir dalam masyarakat yang memiliki kadar rasional yang masih rendah. Max Weber tokoh yang mengutarakan konsep kepimpinan ini menyatakan bahawa karisma seseorang pemimpin akan menjadi berkurangan mengikut tahap rasionalisasi masyarakat. Semakin tinggi tahap rasionalisasi masyarakat semakin kurang idola karisma seseorang pemimpin. Contohnya, pemimpin seperti Adolf Hitler, Lenin, Soekarno dan Mahatma Gandhi.

Kembali ke atas