Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.gau] | ايݢاو

Definisi : ; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek; mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam; terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya; igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk; pengigau (orang yg) selalu mengigau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.gau] | ايݢاو

Definisi : Mn huru-hara, gempar, kekacauan; terigau terkejut oleh sesuatu; igau-igauan riuh-rendah, heboh kerana ramai orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.gau] | ايݢاو

Definisi : ; mengigau 1 berkata-kata ketika sedang tidur; meracau: Sejak ibunya meninggal dunia, Amin sering ~ dlm tidurnya. 2 bercakap ttg sesuatu yg tidak tentu hujung pangkalnya; merepek. igauan 1 sesuatu yg diucapkan ketika mengigau. 2 perkataan atau cakap yg bukan-bukan; impian. pengigau (orang yg) selalu mengigau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
igau
Kata Terbitan : mengigau, terigau-igau, igauan,

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interior monologuemonolog dalamanKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita.
stream of consciousnessaliran kesedaranKesusasteraanTiadaTeknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran.

Kembali ke atas