tawkil | melantik wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan. |
الصيغة | lafaz ijab dan kabul | Agama Islam | Fiqh | Lafaz yang diucapkan oleh kedua pihak yang melakukan sesuatu akad. Contohnya, dalam urusan jual beli, penjual berkata "saya jual" dan disambut oleh pembeli "saya beli". |
bai‘ ta’ah | jual beli tanpa lafaz | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan. |
tafarruq sifqat | penyelesaian akad | Perniagaan Islam | Tiada | Penyempurnaan urusan jual beli yang berakhir dengan sesuatu isyarat yang melambangkan persetujuan atau ijab dan kabul. Contohnya, kebiasaan masyarakat Arab memukul tangannya di atas tangan salah satu pihak lain sebagai tanda selesainya akad tersebut. |
‘aqd ta‘ati | akad unjuk terima | Perniagaan Islam | Tiada | Perbuatan tukar-menukar antara harga dengan produk yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak tanpa lafaz ijab dan kabul. Contohnya dalam jual beli, pembeli mengambil produk yang dijual dengan membayar harganya kepada penjual, penjual memberi produk yang dijual kepada pembeli dan pembeli membayar harganya tanpa bercakap apa-apa dan juga tanpa isyarat, dan pembelian minuman dalam mesin dengan memasukkan wang ke dalam mesin. Sinonim ‘aqd mu‘atah. |