bamboo lashing | ikatan buluh | Buluh | Tiada | Kaedah mengikat simpul untuk menyambung antara satu batang buluh dengan batang buluh yang lain menggunakan tali gentian semula jadi seperti sisal dan palma atau tali polipropilena. Terdapat pelbagai jenis ikatan simpul seperti ikatan seraya, ikatan serong dan ikatan ricih. |
ball-and-stick model | model bola dan batang | Fizik | Nanoteknologi | Model kimia yang menganggap bola sebagai atom dan tiap- tiap batang sebagai ikatan. Keupayaan saling tindak ikatan akan dipilih bergantung pada jenis ikatan. Oleh itu, fungsi tenaga dan parameter yang lain dapat disesuaikan dengan susunan atom. |
fluorocarbon | fluorokarbon | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian kimia yang mengandungi ikatan karbon-fluorin. Ciri utamanya adalah kurang bertindak balas dan mempunyai kekutuban yang tinggi. Panjang ikatan karbon-fluorin ialah ~14 nm dan tenaga perguraian ikatannya ialah 552 kJ/mol. |
molecules | molekul | Fizik | Nanoteknologi | Gabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens. |
secondary structure | struktur sekunder | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen. |
electron energy loss spectroscopy (EELS) | spektroskopi kehilangan tenaga elektron (EELS) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengkaji komposisi unsur dan keadaan ikatan atom pada sampel. Pengesanan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom sampel adalah berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada sampel diserakkan secara tak kenyal. |
lack of bond | kurang cantuman | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kelemahan yang terdapat pada ikatan antara satu lapisan permukaan dengan satu permukaan yang lain. Kelemahan tersebut disebabkan oleh kehadiran lompong udara pada sebahagian ikatan tersebut. |
tribal politics | politik kabilah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan. |
concensual union | ikatan kerelaan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
protein binding | ikatan protein | Farmasi | Tiada | Tiada |