Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.mi.gré.sén] | ايميݢريسين

Definisi : (imigrésén) pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing dan pengeluaran pasport utk warganegara dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.mi.gré.sén] | ايميݢريسين

Definisi : /imigrésén/ sesuatu atau hal mengenai orang asing yg masuk ke sesebuah negara: pejabat ~ pejabat yg mengurus hal-hal kemasukan orang asing, pengeluaran pasport dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imigresen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
landing cardkad pendaratanPelanconganTiadaDokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sebagai kebenaran sebelum memasuki sesebuah negara.
periodic commuting arrangementpengaturan ulang alik berkalaSains PolitikHubungan AntarabangsaSkim yang membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.
regional airportlapangan terbang wilayahGeografiTiadaLapangan terbang yang berada dalam kawasan geografi yang agak kecil atau berpenduduk rendah. Lapangan terbang wilayah biasanya tidak mempunyai kemudahan kastam dan imigresen untuk trafik antara negara.
mobocracymobokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berada dalam keadaan kucar-kacir atau kacau-bilau apabila perusuh menguasai keadaan. Pada masa ini, undang-undang tidak dipatuhi dan masyarakat menjadi kelam-kabut. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan telah kehilangan kuasa atau gagal mengawal ketenteraman awam. Institusi pemerintahan seperti polis, tentera, kastam dan imigresen tidak berupaya melaksanakan tugas secara berkesan. Contohnya, Indonesia selepas kejatuhan nilai wang pada tahun 1998 dapat dianggap sebagai mobokrasi.
HegemonyhegemoniSains PolitikPolitik PerbandinganPenguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberi sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
statepemerintahSains PolitikPolitik PerbandinganInstitusi pemerintahan yang absah yang menguasai serta melaksanakan kuasa pentadbiran terhadap masyarakat. Konsep ini mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan tetapi tidak tepat untuk mengatakan kerajaan itu sama dengan pemerintah. Kerajaan merupakan sebahagian daripada pemerintah. Kerajaan boleh berubah apabila tewas di dalam pilihan raya tetapi institusi pemerintah tetap kekal. Pemerintah merangkumi kerajaan serta semua agensi seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Pemerintah ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati serta mempunyai autoriti ke atas masyarakat. Contohnya, kerajaan negeri Terengganu berubah daripada kerajaan PAS kepada kerajaan BN pada pilihan raya 2004 tetapi agensi pemerintahannya tetap kekal. Sinonim negara.
the authoritiespihak berkuasaSains PolitikPolitik PerbandinganBadan yang memiliki autoriti yang sah untuk melaksanakan pemerintahan, pentadbiran atau undang-undang. Badan ini merupakan sebahagian daripada institusi pemerintah dan bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan, undang-undang dan arahan dituruti. Badan ini memiliki kuasa untuk memaksa dan mendakwa sesiapa yang ingkar atau melakukan kesalahan. Autoriti yang dimiliki oleh badan ini diberi oleh pemerintah. Contohnya, polis, tentera, kastam, imigresen dan pegawai kerajaan tempatan.
state authoritypihak berkuasa negeriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara.

Kembali ke atas