Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
impresionisme
[im.pré.sio.nis.me] |
ايمڤريسيونيسمى
Definisi :
(imprésionisme) teknik atau gaya dlm sastera, lukisan, atau muzik yg menyatakan perasaan dgn cara yg kabur dan bukan dgn perincian yg realistik.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
impresionisme
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(2)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(4)
Artikel Akhbar
(1)
Ensiklopedia
(3)
Buku
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
impresionism
impresionisme
Kesusasteraan
Tiada
Gaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.
Impresionisme
dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf.
impressionism
impresionisme
Kesusasteraan
Puisi
Gaya penciptaan dalam puisi moden. Lazimnya penyair mencitrakan sesuatu suasana atau peristiwa lebih mengikut perasaannya sendiri.
impressionism
impresionisme
Kesenian
Tiada
Fahaman muzik.
montage
montaj
Kesusasteraan
Tiada
Cara penulisan yang mungkin dipinjam daripada teknik pembikinan filem, dalam karya yang bercorak
impresionisme
untuk membina adegan atau suatu suasana dengan menyusun siri gambaran yang ringkas dan pantas, tanpa mengikut urutan yang logis.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...