Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.pré.sio.nis.tik] | ايمڤريسيونيستيک

Definisi : (imprésionistik) lebih berdasarkan tanggapan, bukan fakta atau pengetahuan yg sebenarnya (bkn kritikan, karya dsb): acapkali kritikan yg dibuat itu bersifat ~ dan kurang mendalam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata impresionistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impressionistic settingset impresionistikKesenianDrama dan TeaterRekaan set yang berasaskan sesuatu yang dirasakan oleh watak atau rekaan set yang tidak berbentuk realistik, tetapi lebih berbentuk ekpresi diri.
impressionistic criticismkritikan impresionistikKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang termampu pada tindak balas peribadi pengkritik terhadap sesebuah karya sastera. Kritikan ini berusaha menghasilkan kembali tanggapan peribadi pengkritiknya. Oleh sebab itu, kritikan ini tidak memanfaatkan mana-nmana teori sastea untuki mengalisis teks. Kebebasan kritikan ini dikawal oleh kritikan baru dan kritikan praktikal yang mementingkan tatacara analisis teks sastera yang lebih formal sifatnya. Contoh pengkritik terkemuika yang mengamalkan kritikan ini laah Walter Pater (1839-1894).
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.

Kembali ke atas