ectopic impulse | impuls ektopik | Kejururawatan | Tiada | Impuls yang menyebabkan denyutan ektopik. |
impulse | impuls | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek. |
myelinization | kemielinan | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan yang menyelaputi akson pada neuron bagi membolehkan neuron berfungsi untuk mengkonduksi impuls saraf. Lapisan yang disebut sebagai salut mielin ini menyelaputi struktur akson bagi membolehkan impuls saraf bergerak dengan lebih cepat. |
impulse | impuls | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti mekanikal elektrik atau tindakan yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat. |
angular impulse | impuls bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Hasil darab tork dengan masa yang juga merupakan perubahan momentum bersudut. Lihat juga tork, momentum bersudut. |
nerve impulse | impuls saraf | Kejururawatan | Tiada | Proses elektrokimia pada membran neuron yang melaluinya maklumat dihantar ke sepanjang akson neuron. |
afferent impulse | impuls aferen | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti neutron yang menyampaikan maklumat ke otak atau korda spina. |
innervation | penyarafan | Sains Sukan | Biomekanik | Proses penghantaran impuls saraf dari neuron motor ke tisu otot. Proses ini berlaku di persimpangan saraf otot. |
conduction velocity | halaju konduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Halaju impuls yang disebabkan oleh potensi aksi. Halaju ini merambat di sepanjang membran yang teruja. Lihat juga potensi aksi. |
afferent transmission | transmisi aferen | Sains Sukan | Biomekanik | Pengaliran impuls sensori di bahagian dorsal sistem saraf semasa pemprosesan saraf bagi menghasilkan pergerakan terkawal. |