Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[im.sak] | امساک

Definisi : Ar 1. menahan diri drpd makan dan minum mulai terbit fajar hingga terbenam matahari dlm bulan Ramadan: masih wajib ~ walaupun puasanya telah batal; 2. (waktu) mulai berpuasa, iaitu selepas waktu sahur: tiap-tiap petang dlm bulan puasa, Televisyen Malaysia menyiarkan waktu berbuka puasa dan waktu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[im.sak] | امساک

Definisi : menahan diri drpd makan, minum dsb pd waktu siang semasa berpuasa: Seseorang itu masih wajib ~ walaupun puasanya telah batal. waktu ~ waktu mula menahan diri drpd makan, minum dsb semasa berpuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata imsak