ancestor | leluhur | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Tuai induk atau induk bagi spesies atau kumpulan ternakan yang sedia ada. Individu daripadanya telah mewujudkan individu kini. Dua individu mempunyai pertalian genetik, sekiranya yang satu ialah leluhur pada yang satu lagi, atau kedua-duanya berkongsi leluhur yang sama dari masa lampau. |
transmission | penularan/ transmisi | Kejururawatan | Tiada | Penyebaran patogen daripada satu individu kepada individu yang lain. |
caring | penyayang | Kejururawatan | Tiada | Sifat menghormati, mengambil berat, menyayangi dan peka terhadap keperluan individu sesama individu. |
person-to-person spread | rebakan orang ke orang | Kesihatan Awam | Tiada | Perebakan penyakit daripada seorang individu kepada individu lain, contohnya melalui sentuhan atau jangkitan titisan. |
victimless crime | jenayah tanpa mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang tidak melibatkan seseorang individu atau kumpulan individu sebagai mangsa, iaitu penglibatan individu tersebut adalah atas persetujuan mereka sendiri. Contohnya, penglibatan dalam pelacuran dan penagihan dadah. |
copy number variation (CNV) | variasi bilangan salinan (CNV) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Bilangan salinan gen tertentu yang berbeza dari satu individu dengan individu yang lain. |
high-risk exposure | dedahan risiko tinggi | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap tinggi yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti tanpa kedua-dua individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
medium-risk exposure | dedahan risiko sederhana | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap sederhana yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti tanpa salah seorang individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
low-risk exposure | dedahan risiko rendah | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap rendah yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti dan kedua-dua individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
front line | barisan hadapan | Umum | Tiada | Individu atau kumpulan individu yang berada pada kedudukan paling hadapan yang bertanggungjawab dan terlibat dalam sesuatu bidang atau aktiviti. |