candidiasis | kandidiasis | Kejururawatan | Tiada | Infeksi yang disebabkan oleh sejenis fungus, biasanya Candida albicans. Infeksi ini biasanya melibatkan kulit, mukosa oral, salur pernafasan dan vagina. |
infection | infeksi/jangkitan | Kejururawatan | Tiada | Penyerangan dan penggandaan patogen ke atas tisu tubuh manusia disebabkan oleh toksin, tindak balas antigen-antibodi atau replikasi intrasel, yang mengakibatkan kecederaan sel setempat. |
nosocomial infection | infeksi nosokomial | Kejururawatan | Tiada | Jangkitan yang berpunca di hospital semasa pesakit menerima rawatan dan perawatan. |
yaws | puru | Kejururawatan | Tiada | Sejenis penyakit berjangkit sistematik akibat infeksi spiroket Treponema pertenue. Penyakit ini lazimnya dihidapi oleh kanak-kanak di kawasan tropika. Antara ciri penyakit ini ialah lesi bergranuloma di seluruh tubuh yang akhirnya berkembang menjadi lesi seperti pada penyakit sifilis. Keadaan ini akhirnya boleh merosakkan tulang. |
acquired immunodeficiency syndrome (AIDS) | sistem kurang daya tahan badan (AIDS) | Kejururawatan | Tiada | Infeksi virus human immunodeficiency (HIV) yang menyebabkan seseorang kurang daya tahan semula jadi badan yang menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. |
glomerulonephritis | glomerulonefritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada lingkaran kapilari dalam glomerulus, sering kali menyusuli infeksi trek pernafasan atas oleh streptokokus. |
deep breathing exercises | senaman pernafasan dalam | Kejururawatan | Tiada | Latihan pernafasan yang dalam bagi mengelakkan infeksi paru-paru, yang digalakkan untuk kes-kes sebelum dan selepas pembedahan. |
leucocytosis | leukositosis | Kejururawatan | Tiada | Peningkatan bilangan leukosit dalam darah. Bilangan normal ialah 5 hingga 10 x 109/L. Peningkatan bilangan menandakan infeksi akut. |
cholangitis | kolangitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada duktus hempedu, biasanya disebabkan oleh sekatan pengaliran hempedu. Rawatan awal ialah pemberian antibiotik untuk merawat infeksi dan diikuti dengan pembedahan untuk melegakan sekatan pengaliran hempedu. |
pleuritis | pleuritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada lapisan parietal pleura. Ciri klinikal utamanya termasuk sakit dada yang perit dan meningkat semasa batuk dan bergerak, pernafasan cetek dan cepat serta bunyi kemasukan udara ke dalam paru-paru yang semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pneumonia atau infeksi virus. |